salam semua
ha inilah botol air herbalife yang akak usung hari - hari ke pejabat . Disebelah pula adalah shaker cup yang akak letakkan teamix di dalamnya untuk diminum selepas setiap kali akak ambil normal meal sama ada pagi atau tengahari .
So, cukuplah bekalan air akak di pejabat seharian, sebab minum air sangat
penting dalam diet herbalife , terutama sekali bila kita ambil Herbalife. Tapi kena sentiasa bersedialah , sebab kita akan ashik nak ke tandas sahaja !
Mengapa Air Penting
Setiap
kali kita bercakap mengenai soal pemakanan dan diet sihat, kita
seringkali diingatkan tentang memastikan pengambilan air yang secukupnya
iaitu 8 gelas sehari, air sangat penting . Akan tetapi, tahukah anda mengapa kita disarankan
untuk berbuat demikian?
Dari keseluruhan badan
kita, kandungan air adalah lebih kurang 70%. Dan lebih separuh daripada
komposisi kandungan jantung, muscle, tulang dan darah juga adalah
terdiri air. Mengikut fakta ini sahaja sudah dapat kita simpulkan
betapa air sangat penting dalam
kehidupan seharian kita. Jika tidak, proses perjalanan darah dan anggota
badan kita sedikit sebanyak akan terganggu sekiranya tidak dibajai
dengan air secukupnya.
Ada di antara kita
mampu menurunkan berat badan hanya dengan memastikan pengambilan air
secukupnya setiap hari. Bolehkah perkara sedemikian berlaku? Ya, anda
pasti kurang percaya bukan? Ya, anda mampu mengurangkan berat badan
hanya dengan memastikan kandungan air dalam badan sentiasa mencukupi.
Ini adalah kerana setiap kali kita 'terpanggil' untuk makan kerana
datangnya signal dari perut ke otak untuk makan, lantas tangan dan
anggota terus memproses untuk mencari makanan.
Akan tetapi, ini adalah
signal yang seringkali disalahanggap oleh kita. Kebiasaannya, setiap
kali signal untuk 'makan' datang ketika waktu minum pagi iaitu masa di
antara sarapan dan makan tengahari adalah bukan untuk makanan
tetapi badan kita sebenarnya signal untuk mendapatkan lebih air. Jadi,
apabila kita respon kepada signal badan dengan betul - iaitu makan hanya
apabila tiba waktu makan, dapatkan air dengan kadar yang mencukupi,
insyaAllah berat badan dapat diimbangi seadanya.
Akak pun dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran semua orang yang akak
kenal untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dengan Herbalife selain
daripada menurunkan berat badan. Jadi jangan lupa untuk shake herbalfie dan minum air secukupnya untuk kesihatan tubuh badan kita kerana air sangat penting didalam seharian kita terutama sekali dengan herbaife !