HERBALIFE F1 : CAMPURAN DENGAN BUAH-BUAHAN


salam semua

Sejak akhir-akhir ini , akak memang suke makan buah2an , kalau dirumah memang sentiasa ada stok buah2an yang akak akan simpan . Memang bagus ada stok buah2an dirumah , paling penting bila kita terasa lapar di malam hari . Sekiranya akak tidak mengambil shake herbalife , akan makan buah2an ini agar perut tidak berasa lapar lagi . Banyak khasiat buah2an ini dan banyak kebaikan jika kita jadikan pengambilan buah2an sebagai amalan kita. .


Sekiranya anda ingin tahu , dengan mengambil epal sebiji sehari ia menjauhkan kita dari berjumpa doktor. Walaupun sebiji epal mengandungi vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan dan flavanoids, yang mana menambahkan aktiviti untuk vitamin C, secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar. 

Menurut kajian yang akak baca didalam pencarian google ada menyatakan pengambilan buah-buahan sama ada yang diimport mahu pun tempatan adalah baik dan memberi manfaat kepada kesihatan. Ini dibuktikan oleh banyak hasil penyelidikan di seluruh negara. Banyak manfaat buah-buahan dibuktikan dari segi saintifik, justeru, orang ramai tidak kira lelaki atau wanita dari pelbagai peringkat usia sentiasa digalak atau menjadikan buah-buahan sebagai satu hidangan wajib dalam menu harian.

Antara khasiat penting yang terdapat dalam buah-buahan ialah kandungan seratnya terutama membantu pencernaan. Bagi orang dewasa, pengambilan serat yang diperlukan ialah 20 gram hingga 35 gram sehari manakala kanak-kanak berusia dua tahun ke atas ialah tiga gram hingga 18 gram.

Haa anda semua pernah cuba untuk kisarkan shake herbalife anda dengan buah2an , hurmm why not , cuma akak tidak pernah lagi mencubanya , sebab selama ini , akak belum berjumpa dengan buah2an yang boleh di campurkan dengan F1 cappucino . Yang selalu akak dengar adalah pengguna herbalife suka campurkan perisa strawberry + buah naga dan tropical fruit + buah peach .Yang penting ia sedap dan tidak menjemukan !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...