DIET HERBALIFE : PERLUKAH MAKAN MAKANAN SEIMBANG

salam semua

Have u had your shake today ?

Apakah makanan seimbang ? Berapakah keperluan makanan seimbang didalam program turun berat badan anda ?

Ya memang target kita nak kurus , tetapi nak kurus tidak semestinya diet membuta tuli kita kena pastikan kita kurus dan sihat , makanan yang kita makan haruslah makanan yang seimbang . 

Seperti yang anda semua sedia maklum makan makanan seimbang adalah perlu untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. 
Mereka juga tidak sedar punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak makan makanan seimbang dan sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Ada pepatah yang menyatakan “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian

Jadi bagaimana kita nak pastikan kita mendapatkan makanan yang seimbang didalam diet kita . Bagaimana hendak pastikan apa yg kita makan itu adalah makanan yang mempunyai nutrisi yang secukupnya buat badan kita . Macam saya , saya telah memilih untuk menggunakan produk Herbalife yang sihat ini . Saya belajar bagaimana nak ubah cara pemakanan saya , cara pengambilan dan jumlah kandungan kalori apa yang saya makan .



Paling seronok kerana saya sendiri sudah pandai mengira kandungan kalori didalam makanan saya , sungguh luar biasa bukan . 
Kenapa saya memilih produk Herbalife sebagai makanan seimbang saya kerana saya tahu didalam produk Herbalife sendiri iaitu Formula 1
  • mengandungi Vitamin A , Vitamin C , Protein , Serat , Kalsium & Zat Besi
  • rendah kalori , rendah lemak , tanpa kolestrol , rendah gula dan rendah garam  
  • protein soya didalamnya sangat berkhasiat untuk lelaki dan perempuan. Banyak kajian saintifik mendapati kebaikan protein soya untuk kesihatan jantung apabila dimasukkan ke dalam diet yang sihat, diet rendah lemak kerana jika anda perasan setiap botol formula 1 mempunyai simbol jantung sihat
  • mengandungi 5 perisa yang pelbagai yang pasti menambat hati anda semua 

Ketahui rasa shake herbalife yang enak itu sendiri dan bagaimana cara saya menyediakan shake herbalife ini .

Dan perlu diingat disini banyak kajian yang telah dilakukan menyatakan  bahawa dengan mengambil 2x shake setiap hari dan hanya mengambil 1 hidangan sihat akan membawa kepada penurunan berat badan, manakala mengambil 1x shake setiap hari akan mengekalkan berat badan. 
Formula 1 ialah hidangan yang terbaik buat saya dan anda yang inginkan berat badan yang ideal , samada untuk menurunkan berat badan, mengekalkan berat yang telah berjaya diturunkan, dan kita perlu makan makanan seimbang ini untuk mengekalkan kesihatan badan anda .

Ketahui bagaimana diet herbalife berkesan membantu saya untuk turun berat badan .

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi dan lebihan kolesterol,

Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan oleh anda semua adalah :

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

3. Banyakkan minum air.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

5. Kurangkan gula.

6. Kurangkan garam

Jadi apa tunggu lagi , berubahlah dengan makan makanan seimbang . Sekiranya anda sudah bersedia untuk melakukannya dan ingin memulakan program menurunkan berat badan anda sekarang dan lantik saya menjadi coach anda , hubungi saya di ieda0106@yahoo.com sms 017 9735306 @ whtasapp 018 2121619 . Saya yakin saya dapat membantu anda !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...