TESTIMONI PRODUK HERBALIFE : KEBAIKAN NRG TEA & ALOEVERA

salam semua

Have you had your shake today ?


Dulu saya selalu mendengar keluhan dari suami saya 

" aduh , abang nie selalu ada masalah kesihatan , badan lemah aje , kurang tenaga ... macam mana nie ?

Ya keluhan tu selalu saya dengar dari suami saya , untuk makluman , suami saya bekerja sendiri , dia adalah seorang welder iaitu juru kimpalan besi , jadi rutin harian dia memang berkisar kepada membakar dan melentur besi . Pekerjaan ini memang memerlukan extra tenaga , selalu bangun duduk , mencangkung didalam keadaan panas dan selalu tunduk .

Yelah semua itu melibatkan renggangan tulang belakang yang kerap . Ini juga adalah salah satu sebab yang membuatkan dia selalu mengeluh sakit belakang dan bisa badan . Jika dia mengalami demam , lagilah ... bisa dibadan menyelinap ke kepala pula . Sedih sebenarnya dengan masalah kesihatan yg suami saya hadapi .

Lama saya memikirkan apa yg dapat saya bantu suami saya , secara tidak sedar suami dah berpapan - papan menelan panadol ponstan ! ... huhuhu sejenis panadol untuk menahan sakit . Oh sungguh bahaya ... tiada jaminan yang sakit kepala dan bisa-bisa badan akan hilang serta merta .



Dalam masa yang sama , saya tidak sedar , kenapa saya tidak perkenalkan salah satu produk hebat Herbalife ini iaitu NRG Tea dan Aloevera ini , sedangkan saya juga pernah menggunakan NRG Tea ini sebelum ini . Barulah saya teringat akan produk ini . Saya tidak membuang masa lagi , terus memberikan suami minum NRG Tea bersama Aloevera . 

> ketahui kebaikan produk Herbalife Aloevera Herbal Concentrate 

Apa itu NRG Tea dan kelebihannya 
 
NRG Tea sangat membantu untuk meningkatkan energy level badan kita tau ! NRG tea ini juga dikenali sebagai Natural Guarana Tea. Apa tu Guarana? Guarana adalah sejenis bijian yang berfungsi seperti kafein. Tetapi Guarana bukanlah kafein. Hanya berfungsi seperti kafein, iaitu untuk meningkatkan kecergasan badan .

Kehebatan NRG Tea ini sebenarnya adalah lebih kurang sama dengan konsep macam minuman berkafein yang kita boleh dapat dari luar. Tapi yang tak samanya ialah ianya rendah kafein. Sekiranya kita ambil kafein yang berlebihan ia akan membawa kita kepada banyak masalah kesihatan .

Sekarang barulah saya sedar suami saya memang memerlukan sesuatu untuk meningkatkan energy level dia , so NRG tea adalah salah satu solution pada masalahnya . 



Apa itu Aloevera dan apa pula kelebihannya ?

Aloe Vera Herbalife yang istimewa ini, sebenarnya sangat-sangat membantu didalam penghadaman, masalah sembelit, peredaran darah dan hydration di dalam badan.  Aloe vera Herbalife boleh membantu bagi mereka yang ingin turunkan berat badan atau naikkan berat badan dan menjadi lebih sihat dengan cara membersihkan usus kita supaya kadar serapan nutrient akan menjadi lebih tinggi. Ia akan membawa nutrien sampai ke bahagian badan yang lain

Sejak suami saya mengamalkan pengambilan NRG Tea dan Aloevera ini dia merasa sangat selesa dan gembira dengan perubahan yang dia alami . Alhamdulillah dia semakin bertenaga dan ada masanya buat kerja sampai extra dua tiga jam lamanya . Memang menakjubkanlah . Saya tidak menyangka dia mengalami kesan yang sangat bagus dan luar biasa sejak menggunakan produk Herbalife ini . Sampai ada satu-satu masa itu , saya terpaksa tegur dia 

" Hai bang , tahulah dah minum energy boaster ! kalau ye pun berhentilah rehat " ahhaha barulah dia perasan , kerana dia rasa lebih bertenaga . Dan sekarang ini dia sendiri sudah pandai ingatkan saya untuk bancuhkan dia NRG Tea dan Aloevera setiap pagi dan malam . Katanya kalau tidak minum rasa tidak lengkap perjalanan harinya itu . Wah !

Paling seronok bila ada saudara mara dan kawan-kawanya  menegur ... " wah abas , nampak segar dan bertenaga sahaja .. " dia hanya tersenyum sahaja ...

Sebenarnya Herbalife ini adalah produk makanan yang penuh dengan nutrisi . Bukan supplement dan  bukan ubat tetapi hanya makanan biasa sahaja . Lebih kerap anda ambil , lebih banyak lah nutrisi yang akan dibekalkan ke dalam tubuh badan anda .

Jadi sekiranya anda ingin lebih mengetahui tentang produk NRG Tea dan Aloevera ini dan ingin merasai kehebatannya , silalah hubungi saya .Saya akan bantu anda untuk mendapatkan produk terbaik dari Herbalife ini .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...