KEPENTINGAN AIR DIDALAM DIET HERBALIFE

salam semua

Have you had your shake today ?

Kepentingan air didalam Diet Herbalife   

Ya , ramai dikalangan kita yang bila suruh minum air , agak liat kan .. hurmm ini adalah hakikat yang memang selalu kita dengar dari masyarakat dari dulu sampai sekarang .

Ada pula yang bertanya , apa kepentingan air didalam Diet Herbalife nie kak ? perlukah minum air dengan banyak ?

Sedar atau tidak sekiranya kita tidak berdiet dengan Herbalife , kita masih perlu memastikan keperluan air didalam badan kita sentiasa cukup supaya badan kita tidak dihidrasi . Air boleh meningkatkan metabolisme didalam badan dan akan membantu anda merasa kenyang . Cuba tukar minuman manis yang sering anda minum dengan air suam , mungkin ia payah bagi anda diluar sana kerana kita lebih suka minum minuman manis berbanding minuman suam . 

Tapi sedarkah anda semua dengan minum minuman suam sebelum makan akan membantu anda merasa kenyang dengan lebih cepat . Cuba anda minum dan diselang selikan dengan air , haa bagaimana rasanya ? pasti anda akan merasa cepat kenyang bukan .


Kepentingan air didalam Diet Herbalife 


1) Air membantu meningkatkan tenaga anda 
  • selepas minum shake herbalife saya merasa lebih haus berbanding dulu , saya lebihkan minum air untuk membantu saya untuk tidak merasa haus lagi . Dan dengan minum Teamix Herbalife anda akan merasakan energy yang menakjubkan , menambahkan tenaga dan meningkatkan metabolisme didalam badan . Ha tidak hairanlah selepas itu anda akan kerap ke tandas . Sekiranya anda melakukan senaman , air juga sangat penting untuk jantung anda mengepam darah keseluruh badan .  

2) Air mengurangkan tekanan
  • 70- 80 % badan anda terdiri dari air , sekiranya anda dehidrasi @ kekurangan air , anda akan mengalami stress . Pastikan anda sediakan segelas air atau 1 liter air untuk minum dengan lebih kerap .

3) Mencantikkan kulit anda
  • ramai diantara kita yang susah untuk menjadikan tabiat minum air sebagai tabiat harian .Jika anda semua perasan kaum cina memang gemar membawa air kemana - mana sahaja mereka pergi , cth paling dekat adalah anak-anak yang ke sekolah , sejak dari kecil mereka mengamalkan membawa air ke sekolah  . Dan kalau kita perhatikan betul-betul kebanyakan dari mereka mempunyai kulit yang bersih dan licin .  Ia sebenarnya membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah seterusnya menjadikan kulit anda lebih cantik . 

4)  Melancarkan proses penghadaman
  • Air juga penting untuk proses penghadaman , ia melarutkan bahan buangan dan membuatkan ia mudah untuk dikeluarkan . Ya minumlah air bersama dengan Aloe vera Concentrete Herbalife , ia membantu anda didalam masalah sembelit , meningkatkan penghadaman dan mencuci usus secara semulajadi .   

5) Mengurangkan pembentukan batu karang
  • Sedar atau tidak pembentukan batu karang bertambah disebabkan ramai diantara kita yang kurang minum air . Air membantu melarutkan garam dan mineral didalam air kencing kita .Garam dan mineral tersebut adalah bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang .

Jadi sedarkah sekarang kepentingan air didalam Diet Herbalife ini . Anda disarankan untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari . Dan ingat air yang dimaksudkan adalah air suam atau mineral dan bukanlah air manis . Sekiranya badan anda sudah tiada toksin , usus sudah dicuci , maka mudahlah nutrien - nutrien dari Formula 1 di serapkan kedalam badan anda . 

Hubungi saya sekarang sekiranya anda sudah bersedia untuk memulakan Diet anda dengan Herbalife dan lantik saya menjadi Coach Herbalife anda di ieda0106@yahoo.com , sms 017 9735306 atau whatsapp 018 2121619 .Saya yakin saya boleh mambantu anda . 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...