MISI SAYA SEBELUM BERMULANYA RAMADHAN

Salam semua

Have you had your shake today 

Sedar atau tidak kita memang dah semakin hampir dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini , jika tidak silap saya , penghitungan adalah diantara 29-28 hari sahaja lagi . Since sekarang ini saya sudah pun buat Herbalife sepenuh masa , saya memang kena pulun habis utk diet sebaiknya sebelum tibanya Hari Raya .

Saya mula kembali dengan 2x shake sehari , kerana memang agak susah nak kawal makan bila seharian berada di rumah , berlebih lagi saya perlu sediakan makanan untuk anak2 dan keluarga . Makan pagi , tghari dan malam adalah sebahagian rutin saya seharian sekarang . Tidak dinafikan memang agak mencabar untuk kontrol makan bila berada di rumah ;)


Saya mula bertekad untuk memulakan puasa sunat syaaban , alhamdulillah memang itu target saya untuk lebih bersedia di bulan ramadhan nanti . Sekiaranya saya tidak berpuasa pagi saya akan shake terlebih dahulu walau terpaksa menyediakan sarapan buat anak2 .. saya pejam mata sahaja . Saya akan shake seawal jam 7.30 pagi untuk mengelak rasa lapar . Tengahari pula , saya masak untuk makan tengahari suami dan anak seawal jam 12.00 tgh ari , bila saya terasa nak mengunyah saya akan minum air masak banyak-banyak dan adakalanya saya capai biskut yg memang saya simpan stok di rumah .

Lagipun saya memang elakkan diri untuk bersama suami dan anak2 waktu makan tengahari , bila mereka makan saya memang tidak akan berada bersama mereka di meja makan , saya akan masuk ke bilik atau membuat kerja2 rumah yg lain . Tapi ada juga sesekali saya terjerat dengan godaan masakan yg saya masak sendiri . Tapi masih berpada2 dengan menjamahnya tanpa nasi . 
 
Kelebihan shake waktu sarapan pagi dan tengahari sama seperti kita berpuasa . Bila tiba masanya saya sentiasa memikirkan untuk masak apa bila berbuka nanti . Seronok bila rasa tidak sabar untuk makan bersama family bila tiba waktu dinner nanti . Macam - macam menu yang saya fikirkan di kepala ;)

Rasanya semua dah tahu kelebihan shake Herbalife ini , ia memang semudah 123

1 - makan sekali sahaja normal meal 
2 - wajib shake 2 kali sehari
3 - dah lengkap makan 3 kali sehari 

pastinya target kita untuk turun berat badan akan berjaya .

Orang selalu salah paham bila kita shake , kita tidak akan dapat makan nasi atau apa sahaja yang kita inginkan . Macam saya , nasi memang makanan utama saya , selalunya saya akan makan nasi sewaktu normal meal saya . Cuma saya mengambil dengan kuantiti yg sepatutnya untuk diet . Tapi still boleh makan nasi . Memang kita kena kawal apa yg kita ambil , cubalah untuk mengetahui jumlah kalori sehari yang kita ambil agar tidak melebihi pengambilan kalori seharian kita . 

Yang pastinya tiada pantang dan tiada apa makanan yang anda tidak boleh makan . Memang sangat mudah dengan konsep turun berat badan bersama Herbalife .

Misi saya kali ini memang jelas , ikut konsep 2x shake sehari dan berpuasa sunat syaaban untuk saya lebih bersedia menyambut ramadhan yg sudah semakin hampir . Saya tetap yakin dengan target saya untuk turun berat badan lagi dan mencapai berat ideal saya 68 kg nanti . Hanya 3 kg sahaja lagi . Ia memang bukan angka yang banyak tetapi seperti yang saya katakan tadi , memang ia bukan mudah jika kita tidak dapat mengawal nafsu kita sendiri .

Harap - harap tahun ini saya berjaya dapat turunkan lagi berat badan saya dengan betul - betul maintain shake 2 x sehari . Supaya bila tiba hari raya saya dah tidak perlu risau sangat . Fuh ada orang boleh naik berat badan dengan mendadak bila tiba raya tau ! memang menakutkan . Untuk bepuasa pula bagi saya sangat mudah , saya shake sewaktu sahur , bila tiba waktu berbuka saya shake lagi dan akan makan normal meal selepas waktu isyak . Mudah bukan !

Jadi sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana cara untuk turun berat badan dengan lebih efektif menggunakan produk Herbalife , silalah hubungi saya di ieda0106@yahoo.com atau sms saya di 017 9735306 , whatsapp/wechat di 018 2121619 . Saya yakin saya dapat membantu anda untuk berjaya ! .. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...