LATIHAN KEPIMPINAN DIDALAM HERBALIFE

Salam semua

Have you had your shake today ?

Pada 29 hb June 2013 baru - baru ini saya bersama - sama ahli kumpulan Freedom Team telah menghadirikan diri bagi sesi Latihan Pemimpin / Future Leaders Training yang telah diadakan di Freedom Wellness Centre, Bukit Sekilau Kuantan . Latihan ini dianjurkan oleh Leaders didalam Freedom Team kami .

Alhamdulillah , pertemuan dan latihan kali ini dihadiri hampir kesemua ahli Freedom Team , ada yang hadir dari KL dan sekitar Kuantan .  Memang saya sangat teruja dan gembira kerana dapat menghadirkan diri didalam sesi latihan ini . 


Setelah membuat keputusan untuk berhenti dari kerja 2 bulan lalu dan menjadikan business Herbalife sebagai kerjaya sepenuh masa , ini merupakan sesi kedua Latihan Kepimpinan didalam Herbalife yang dianjurkan oleh Freedom Team kami yang saya hadiri . Banyak ilmu dan pengetahuan yang saya pelajari disini . Saya sangat yakin dengan apa yang saya pilih selama ini berbaloi kepada saya .



Latihan sebegini sesungguhnya telah membuka mata saya untuk berubah menjadi lebih baik didalam kehidupan saya dan didalam membantu kehidupan orang lain . Ia juga telah menyedarkan saya bukan mudah untuk mejadi pemimpin yang berjaya . Sekarang saya semakin paham kenapa dan mengapa saya perlu menghadirkan diri kedalam program - program yang dianjurkan oleh pihak Herbalife dimasa akan datang .

Selain dari membantu saya menurunkan berat badan , ia juga memberikan saya semangat yang baru untuk lebih serius didalam melakukan apa yang saya suka dan dapat menambahkan lagi pendapatan . Dan yang paling menerujakan saya adalah didalam sesi Latihan Kepimpinan didalam Herbalife ini , kita akan mendapat pengiktirafaan diatas hasil usaha kita . Dan pada hari tersebut saya telah mendapat pengiktirafan dari Herbalife Malaysia sebagai Top Recruiter bagi bulan Mei .


Memang dulu saya tidak pernah menyangka akan memperolehi pengiktirafan ini , saya sendiri tidak sedar sudah berapa ramai orang di luar sana yang saya bantu untuk sihat . Alhamdulillah niat baik dan usaha saya ini dibayar dengan penghargaan yang manis ini . Ingat lagi , sewaktu mula-mula saya membuat keputusan untuk menumpukan perhatian sepenuh masa kepada perniagaan Herbalife ini , saya tidak mempunyai keyakinan yang kuat , namun saya bertekad untuk meneruskan juga kerana minat saya yang sangat mendalam didalam perniagaan online yang saya rasakan masa itu sangat sesuai untuk saya disamping menambah pendapatan .

Inilah yang saya cari selama ini , Latihan Kepimpinan didalam Herbalife ini sangat bermakna buat saya dan teman-teman yang sama level dengan saya mahupun pengedar Herbalife yang lain . Sesiapa jua boleh melakukannya sekiranya mereka berusaha dan dengan kesungguhan ini saya yakin saya dan anda akan pergi jauh lagi didalam perniagaan Herbalife ini . 

Jadi untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan dan disamping itu ingin menjadikan Herbalife sebagai satu peluang perniagaan bolehlah menghubungi saya di ieda0106@yahoo.com & sms/whatsapp/wechat di 017  9735306 / 018 2121619 . Saya yakin saya boleh membantu anda .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...