TIPS SIHAT : 10 MAKANAN TERBAIK ANTI KOLESTROL

Salam semua

Have you had your shake today ?

Hai semua , apa khabar anda hari ini ? alhamdulillah hari ini sudah pun masuk ramadhan ke 14 . Bagaimana persiapan anda di pertengahan puasa ini ? Apakah yg anda rasakan sehingga hari ini ? Semoga kita semua mendapat kesihatan yg secukupnya untuk memanjangkan lagi nikmat didalam menjalani ibadah di bulan mulia ini .. aminnn ..

Baiklah di kesempatan ini saya ingin sharing sesuatu dengan anda , berlebih lagi kita masih didalam mood berpuasa , menahan lapar dan dahaga . Bagi saya berpuasa dengan Herbalife benar - benar mengajar saya didalam memilih makanan yang sihat . Untuk mengekalkan tenaga saya , saya perlukan makanan sihat Herbalife didalam seharian puasa saya . Alhamdulillah saya tidak pernah mengeluh didalam menjalani puasa saya dengan memilih shake Herbalife .

Ok berbalik kepada sharing saya hari ini adalah berkisar kepada 10 makanan terbaik anti kolestrol didalam seharian anda . Apakah 10 jenis makanan pilihan tersebut ?

Pasti anda sudah tahu boleh dikatakan kebanyakan makanan di luar sana mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi . Pengambilan tanpa kawalan akan menyebabkan risiko kepada pelbagai penyakit keatas diri anda .

Kita perlu tahu jumlah kolestrol dan kalori didalam setiap hidangan yg kita sediakan mahupun bahan yang digunakan . Dan disebabkan itulah , saya selalu mencadangkan pemilihan makanan yg sihat dan mempunyai nutrisi sihat Herbalife ini sebagai pilihan terbaik di bulan puasa atau didalam seharian kita .

  
Bagi mencapai gaya hidup yang sihat , memang kita perlu tahu dan cara untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat dari sebarang penyakit . Perkara paling penting adalah soal didalam penjagaan makanan seharian kita . Pilihan makanan anti kolestrol ini akan mencerminkan gaya hidup anda yang sihat . Selepas ini bolehlah anda memperbanyakkan memakan makanan yang seperti ini 



 10 jenis makanan terbaik anti kolestrol adalah 

  • Soya 
Kacang Soya merupakan makanan popular yang di proses untuk mendapatkan kacang soya yang mengandungi 48% protein , lesitin , vitamin dan zat galian , ia berupaya menghindari penyakit jantung dan kencing manis .

  • Kuaci
Kuaci mengandungi zat besi . Selalulah mengambil kuaci jenis tawar dan jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi didalam badan .

  • Buah Kering
Buah limau kering paling banyak mengandungi flavanoid . Pengambilannya mampu menyingkir lebihan lemak sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung . Flavinoid juga boleh didapati didalam teh , brokoli , tomato , bawang dan delima 

  • Epal 
Memakan sebiji epal atau minum jusnya sehari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan koletsrol dalam badan . Kanak - kanak yang makanan yang suka makan makanan segera dan selepas itu mengambil epal sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemah didalam badan.

  • Ikan Tuna
Sumber asid lemak omega 3 yang sangat popular . Omega 3 secara khusus melindungi tubuh dari kadar kolestrol yang tinggi .

  • Kacang Tanah
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan akaya dengan vitamin E , ia menghindari dari tubuh diserang penyakit jantung.

  • Mangga
Vitamin C banyak terdapat didalam mangga , belimbing , kedondong , betik , rambutan , strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mengawal kolestrol didalam badan .

  • Kismis
mengandungi sebarian yg mampu menurunkan kolestrol didalam badan . Sesiapa yang mengamalkan diet dengan memakan 400 kalor kismis mampu menurunkan kadar kolestrol didalam darah sebanyak 8%

  • Oat
kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kadar kolestrol didalam darah . Serat mudah larut didalam oat dan boleh mengurangkan risiko jantung .

  • Jambu Batu
mampu menunukan paras kolestrol didalam badan sebanyak 18.89% . Sangat bagus jika diambil setiap hari didalam jumlah yang mencukupi. Jumlah disyorkan adalah 400gm sehari atau sebiji setengah . Bagi yang ingin menurunkan berat badan dan diet yg seimbang , ia adalah pilihan yang paling sesuai .



sumber : google

"Start everyday with balanced nutrition and essential nutrients for a healthy, active lifestyle." Steve Henig, Ph.D., Chief Scientific Officer, Herbalife






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...