TIPS SIHAT : 5 TIPS BAKAR KALORI DENGAN CEPAT

Salam semua

5 tips bakar kalori dengan cepat yang boleh anda ikuti

Baiklah , ada diantara anda yang memang tidak ada masa untuk membuat xtvt luar rumah apabila sibuk bekerja . Tahu tak walau anda tiada masa nak bersenam  , anda masih boleh bakar kalori anda dengan cepat dan bantu utk turun berat badan dengan lebih berkesan .

Ya , kenapa saya katakan begitu kerana saya nak kongsikan bersama anda disini 5 tips untuk anda dapat bakar kalori anda dengan cepat dan berkesan .

  • Bersenam @ Olahraga

Cara yang satu ini adalah cara paling popular dan efektif . Semakin kerap kita bersenam dan bersukan semakin banyak kalori dan lemak yang dapat kita bakar kata Christopher Wharton, PhD, peneliti dan pelatih profesional dari Rudd Center for Food Policy and Obesity di Universitas Yale.

Selain itu, menurut pakar obesitas, George Bray MD dari  Pennington Biomedical Research Center di Baton Rouge, aktiviti berjalan cepat setiap hari adalah jenis latihan yang paling disarankan bagi mereka yang ingin membakar banyak kalori.

  • Latihan pergerakan kekuatan untuk membentuk otot

Ketika bersenam @ bersukan , anda menggerakkan otot.  Ini akan membantu lean muscle , dan jaringan otot akan membakar lebih banyak kalori lemak tubuh,  "Cara paling efektif meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar banyak kalori adalah latihan aerobik dan latihan kekuatan (strength training), keduanya sangat penting," ungkap Megan A McCrory, PhD,  peneliti dari School of Nutrition and Exercise Science di Universitas Bastyr.

  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

Setiap kali anda makan atau hanya mengambil snacking , sistem pencernaan akan bekerja dan mencerna makanan kemudian menyerap nutrisi. Untuk menghidupkan mesin pencernaan dan melakukan proses ini tubuh masih memerlukan kalori . Oleh sebab itu makan sedikit pun masih lagi menyebabkan pembakaran kalori .

Ramai orang percaya bahwa makan sedikit-sedikit tetapi kerap adalah cara yang menyehatkan berbanding bila kita makan banyak untuk satu atau dua kali dalam sehari.

  • Jangan skip @ lewatkan sarapan anda

Banyak bukti penyelidikan menyatakan betapa pentingnya sarapan dengan peningkatan berat badan anda . Orang yang tidak bersarapan dan lewat bersarapan akan menyebabkan kepada pertambahan kalori didalam badan kita .


  • Banyakkan minum air masak 

Pengambilan air masak sehari sekurang-kurangnya 2 liter mengikut keperluan badan seseorang . Minum air sekurang2nya 5 - 8 gelas sehari boleh mengurangkan kanser payudara dan kanser pundi kencing .Memang banyak kepentingan dan manfaat minum air masak ini walau ada diantara kita tidak sanggup berulang ke tandas . Air yang mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan dari badan dengan lebih berkesan kerana jika kita kekurangan air buah pinggang akan bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksin dan ini akan menyebabkan lama kelamaan organ penting dlm badan akan rosak .

Jadi bertukarlah kepada pemakanan sihat bermula dari sekarang ! anda pasti akan dapat mengubah kehidupan anda kepada yang lebih cergas dan ceria . Semua terletak ditangan anda , jangan berikan alasan lagi dan mulalah bertindak !




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...