CERITA SYAWAL 2013 : DIET HERBALIFE DITERUSKAN

Salam semua

Have you had your shake today ?

Hai semua ... apa khabar anda , bagaimana perkembangan diet Herbalife anda di bulan syawal ini ? Ye syawal semakin menghampiri hujungnya , blog pun semakin sunyi .. maklumlah mood raya tu masih ada dengan segala jemputan Open House mahupun majlis kawin . So dimana mood masing - masing ? 

Bagi saya untuk update blog bukan tiada masa , cuma ada kalanya sukar untuk mencari mood untuk mula menulis , maklumlah cuti lama menulis blog ekkeek . Alhamdulillah hari ini mood itu datang dengan cerianya kerana saya yakin walau dah lama saya tidak update blog , anda - anda semua diluar sana pasti tidak jemu untuk menjenggah blog saya ini .

Apa cerita diet anda di Hari Raya ? Oh ikhlas saya cakap , tahun ini saya seperti tidak menang tangan , sejak dalam bulan puasa sahaja lagi hp , sms , email dan whatsapp tidak pernah putus dengan pelbagai persoalan mengenai Herbalife dari mereka yg baru mahupun yang tiada Coach . Memang rasa teruja dan seronok , sehinggalah di akhir2 ramadhan ke bulan syawal ini . Alhamdulillah kerana sedar atau pun tidak ramai sebenarnya yang ingin sihat bersama saya dengan Herbalife ini . Insyaallah dan syukur saya membantu selagi mana terbaik yg boleh saya lakukan .

Baiklah untuk perkembangan raya saya tahun ini , ingin saya kongsikan beberapa keping gambar saya di bulan puasa dan syawal tahun 2013 ini . Alhamdulillah walau didalam bulan Syawal , diet Herbalife saya masih berjalan seperti biasa , cuma saya hanya shake sekali sahaja sehari ;) Alhamdulillah juga di bulan puasa ini saya lose 3 kg ! .

 pic saya di penghujung ramadhan - lose 3 kg 

Dan apa yang saya perhatikan juga kebanyakan ahli - ahli saya juga berjaya lose beberapa kg mereka sepanjang bulan puasa ini . Ia sesuatu yang sangat membanggakan saya sebagai Coach Herbalife mereka . Saya kagum kerana mereka mempunyai nekad yang tinggi untuk meneruskan Diet Herbalife mereka di bulan puasa ini . Dan ternyata mereka berhasil . Nanti saya kongsikan testimoni-testimoni mereka ya ..

 pic 1 & 2 syawal 2013

pic saya sekeluarga 

Alhamdulillah raya tahun ini seperti biasa , saya merayakannya di rumah mak saya kerana kedua MIL & FIL saya sudah lama kembali ke rahmatullah , jadi boleh dikatakan setiap tahun kami sekeluarga beraya di pekan , Pahang ini .

Saya merasa sangat bangga kerana produk Herbalife ini sudah mendapat tempat di merata dunia khususnya di malaysia  , boleh dikatakan dimana- mana sahaja saya beraya , bila ada yg bertanya dengan saya , mereka tahu dan kenal dengan produk Herbalife . Ia adalah sesuatu yang menyeronokkan . Saya memang tidak pernah lekang di mulut berkongsi cerita dengan mereka mengenai Herbalife . Yelah kerana ada diantara mereka yang bertanya saya kelihatan semakin slim dan bergaya . Apa rahsianya ? haaa apa lagi pastinya saya sharing mengenai diet Herbalife ini !

Baiklah , kepada anda semua diluar sana yang masih meneruskan misi sihat anda semua dengan diet Herbalife ini , semoga anda berjaya ! saya yakin anda boleh melakukannya . Semoga anda semua sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta . Yakinlah bahawa inilah masanya untuk anda merubah kehidupan anda menjadi lebih sihat dan sejahtera .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...