DIET HERBALIFE : PERSIAPAN MENJELANGNYA RAYA

Salam semua

Have you had your shake today ?

Alhamdulillah , kita hanya ada masa seminggu sahaja lagi untuk menyambut kedatangan Syawal . Dan saya percaya , ramai dikalangan anda semua telah dan sedang rancak membuat persiapan terakhir menjelangnya Aidilfitri yang akan tiba samada pada hari Rabu atau Khamis minggu hadapan .

Apa persediaan anda ? Persiapan untuk anak2 dan keluarga .. harap semua dah ready atau didalam persiapan terakhir menjelangnya raya . Memang rasa tidak sabar kan .

Memang kalau diikutkan begitu pantas masa berlalu , saya sendiri macam tidak percaya , kita semua sudahpun berada di penghujung ramadhan . Ia bermakna akan berakhirlah bulan menahan lapar dan dahaga mahupun segala perbuatan . Tiada lagi puasa di siang hari dan bertarawih di malam hari . Oh pastinya saya akan merindui suasana ramadhan ini dan sangat berharap semoga kita bertemu di ramadhan akan datang .

Baiklah , saya ingin mengigatkan anda semua mahupun ahli - ahli saya bahawa cuti Hari Raya akan menjelang tidak lama lagi .. jangan lupa dengan Diet Herbalife anda ye ;) .. Kita semua akan bercuti panjang . Bagaimana dengan persediaan dan simpanan stok shake Herbalife anda ? masih ada atau sudah cukup untuk sepanjang bercuti nanti ? Maklumlah kita dan anak - anak juga akan bercuti kira2 2 minggu lamanya .

Apa yang perlu saya katakan disini , anda memang perlu ada menyimpan stok Herbalife , jangan lupa yang anda sebenarnya didalam Diet Herbalife . Make sure stok dan budget anda mencukupi dan bertahan untuk cuti perayaan dan berakhirnya cuti Hari Raya nanti . Jangan ada yang tidak shake pula . Maklumlah leka dengan kunjungan dan ziarah menziarahi ;)

Dan yang paling penting , bagi mereka yang sedang Diet Herbalife , anda memang perlu bersedia dan kuat untuk menghadapi nafsu dan mengawalnya semasa Hari Raya nanti . Ya , dengan menu yang pelbagai , pastinya anda akan gentar dan tergugat iman ekeke .. macam - macam rasa nak makan .. tengok itu sedap .. ini sedapp semua sedap . Bukan saya katakan anda tidak boleh makan . Tetapi anda makan dengan beringat dan jangan lupa bahawa anda sedang berdiet .

Jangan sampai makan mengikut hawa nafsu . Kena beringat dan makan secara ala kadar sahaja ! bukan kah Hari Raya adalah hari dimana kita perlu kunjung mengujung menziarahi sanak saudara dan sahabat handai di kampung . Bukan untuk makan semata-mata . Semoga kita dapat mengekalkan pemakanan sihat sewaktu Hari Raya nanti . Ingat tujuan asal kita ! 
 


Kepada anda semua yang ingin menggunakan produk Herbalife untuk menurunkan berat badan , jangan risau kerana anda masih mempunyai waktu . Jangan tunggu lagi kerana saya yakin saya dapat membantu anda . Jangan lepaskan peluang , untuk anda bergaya dan sihat di Hari Raya .

Dan kepada yang akan memulakan perjalanan awal untuk balik dan beraya di kampung bermula esok , semoga anda selamat tiba dan berhati-hatilah memandu .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...