PROGRAM HERBALIFE : Zero2Hero Gambang Resort

Salam semua

Have you had your shake today ?

Program Herbalife : Kenapa perlu hadir  Zero2Hero Gambang Resort 

Wah dah agak lama saya tidak up dengan entry baru .. rindu rasanya ;) .. sedar atau tidak , memang saya sedikit kesibukan sejak akhir2 ini . Alhamdulillah walau saya sesibuk mana dengan urusan rumah dan menghadiri pelbagai program Herbalife yang disediakan oleh pihak Herbalife baru-baru ini , saya masih mempunyai masa dengan keluarga ! itu yang paling saya suka didalam Herbalife ini !

Baiklah , rasanya setelah mempunyai sedikit waktu terluang sebegini ingin saya bercerita serba sedikit mengenai salah satu event terbesar di Malaysia anjuran pihak koprat Herbalife Malaysia iaitu Zero2Hero . Syukur sangat rasanya kerana ini merupakan acara Zero2Hero yang pertama saya jejak kaki dan merupakan acara terbesar pertama saya membawa hubby tercinta bersama  . 


Dan kenapa saya katakan ia adalah diantara program Herbalife terbesar dianjurkan kerana disini sahaja anda dapat lihat dengan kehadiran seramai 3800 orang yang menyertai acara ini , datang dari serata pelusuk negeri . Memang luar biasa , mereka datang dari pelbagai usia dan bangsa , memang keterujaan itu terserlahlah .


suasana didalam dewan yang penuh 

Memang program Herbalife zero2hero ini merupakan acara yang telah memberikan impak yang sangat bermakna buat saya , kenapa saya katakan begitu kerana , suasana didalam dewan sahaja telah memberikan satu kejutan dan pengalaman baru yang mungkin tiada di tempat lain dan saya rasakan tidak akan saya jumpa dimana-mana . Terutama sekali bila suami juga turut teruja dan terpegun dengan suasana yang sungguh luar biasa !. Syukur diatas kesudian dia menemani saya sepanjang event ini berlangsung .

Acara sebegini bukan sahaja menaikkan semangat saya sahaja , malah kepada semua yang hadir mengikutinya . Membuka mata semua orang untuk melihat dan merasai sendiri kejayaan mereka yang telah berjaya . Kerana produk Herbalife itu sendiri mempunyai keistimewaan dan sangat berbeza dengan produk - produk lain di luar sana .

Apa yang saya perolehi didalam acara hebat ini :
  • berkenalan dengan mereka yang mempunyai pelbagai latar kehidupan , datang dari segenap pelusuk negeri , tanpa rasa penat kerana semangat yang sangat tinggi untuk belajar . Kehadiran mereka membuktikan Herbalife sudahpun dikenali di seluruh pelusuk negeri. Ternyata produk ini memang sesuai untuk semua golongan , tak kira bangsa , agama atau usia .
  • mendengar perkongsian dari mereka yang telah berjaya . Melihat dan merasai sendiri pelbagai perasaan sayu , hiba dan gembira sewaktu permulaan mereka dengan Herbalife sehinggalah mereka berjaya di dalam perniagaan Herbalife ini
  • pelbagai cara @ DMO (Daily Method Operation) yang dikongsikan didalam event ini . Ternyata semua perkongsian ini memberikan saya lebih pengalaman didalam menjalankan perniagaan Herbalife ini . Saya juga berpeluang menghadiri training Ahli Team Dunia . Disini saya mendapat pendedahan yang menarik daripada salah seorang Ahli Presiden yang berasal dari Thailand . Sungguh bangga kerana dia boleh sampai ke tahap ini .
  • dengan Herbalife semua orang boleh berjaya didalam Herbalife , bak kata Ahli Presiden jika kita berusaha dan yakin terhadap diri kita , kita mampu merubah kehidupan kita menjadi apa yang kita impikan . Herbalife memberikan peluang itu kepada semua orang yang betul2 serius berusaha kearah itu . Begitu juga dengan saya , impian saya untuk menjadi lebih sihat dan ingin berkongsi perasaan kenapa begitu pentingnya kesihatan kepada diri kita . Kerana nilai sebuah kesihatan sangatlah tinggi 
Sebenarnya banyak pengalaman dan perkara menarik yang ingin saya kongsikan disini bersama anda , terlalu banyak , sehingga sampai satu masa , saya menitiskan air mata melihatkan kejayaan orang . Betapa besar nilai sebuah kesihatan kepada mereka yang benar- benar memerlukannya . Saya benar-benar bersyukur kerana di berikan peluang mengenali perniagaan Herbalife ini kerana didalam Herbalife , kita bukan hanya mengejar kemewahan semata-mata tetapi Herbalife memberikan kita peluang menghargai nilai sebuah kesihatan .

Bagi saya , banyak yang perlu saya korbankan , dari segi masa dan wang ringgit . Tetapi ternyata semua ini sangat berbaloi kepada saya kerana pengalaman yg diberikan lebih berharga . Saya tidak menanti lama untuk melangkah kehadapan , kesedaran betapa pentingnya kesihatan kepada diri saya merubah segalanya . Mengenali Herbalife dan kini semakin serius didalam membantu orang lain di luar sana menjadi impian dan keinginan saya . Alhamdulillah , syukur TQ allah , TQ Herbalife , TQ Coach !

Jadi bagi mereka yang benar - benar serius untuk berjaya didalam perniagaan ini , percayalah kejayaan bukan lah sesuatu yang mudah untuk dikecapi sekelip mata namun berkat usaha dan keazaman kita yg tinggi pasti suatu masa nanti allah tidak akan mengecewakan kita begitu juga kepada mereka yang telah berjaya dengan Herbalife sebelum ini . Semoga segala apa yg saya lalui sehingga hari ini memberikan saya lebih semangat untuk terus berjaya dan cemerlang di dalam Herbalife 


Kerana saya yakin saya boleh membantu anda ! 


email ieda0106@yahoo.com [ call/sms/whatsapp 
017 9735306 (digi) / 018 2121619 (u-mobile)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...