PRODUK HERBALIFE : TC FORMULA

salam semua

Have u had your shake today ?


Alhamdulillah , hari ini dah hari ke 2 selepas saya kembali dari program Spectacular Herbalife di Kuala Lumpur . Seronok tidak perlu digambarkan lagi . Banyak perkara dan pengalaman yang memang sangat2 bermakna buat saya dan teman - teman yang menghadiri program tersebut 


Ok sebelum itu , saya ingin memperkenalkan kepada anda semua , satu lagi produk terbaru Herbalife iaitu TC Formula . TC Formula Herbalife telah dilancarkan secara rasmi pada 26hb baru-baru di Spectacular Herbalife 2013.

source : google
  
dengan kehadiran TC Formula ini, akan menjadikan program penurunan berat badan anda akan bertambah LAJU !! , percaya atau tidak , saya sudahpun mencubanya sewaktu produk ini diperkenalkan disana . Ianya sungguh hebat !

* kenyataan - kenyataan ini belum dinilai oleh Kementerian Kesihatan . Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos , merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit 

Untuk pengetahuan anda semua ia adalah produk penurunan berat badan yang biasa, tetapi ia dapat memperkuatkan sistem kekuatan tubuh anda dengan campuran herba teh dan xtrac halia . Ini adalah produk herba yang dibuat untuk membantu anda mencapai berat badan yang anda inginkan .

Jadi sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai harga dan kebaikan TC Formula atau mana-mana produk herbalife , anda boleh menghubungi saya melalui email ieda0106@yahoo.com atau sms saya di 0179735306 . Jangan tunggu lagi untuk berubah !


HERBALIFE SPECTACULAR 2013

salam semua

Have u had your shake today ?

Untuk makluman semua saya tidak akan berada di Pekan - Kuantan selama 4 hari bermula pada


sebarang pertanyaan didalam email mahupun sms , akan di jawab selepas saya balik dari program tersebut .

Harap maklum

Terima kasih diatas sokongan anda semua selama ini

DIET HERBALIFE : SNACKING YANG SESUAI

salam semua

Diet Herbalife : Snacking yang sesuai untuk anda

Bagaimana anda memilih snacking yang sesuai didalam program diet Herbalife anda ?

Adakah snack yang diambil itu sesuai untuk anda ?

Snek yang sihat sedikit sebanyak boleh membantu kita dalam menguruskan berat badan anda .

Setelah mengambil Herbalife shake untuk sarapan, pastinya anda akan merasa lapar sebelum menunggu waktu makan tengahari anda . Dulu sewaktu saya baru memulakan program menurunkan berat badan dengan diet Herbalife, saya selalu rasakan shake waktu breakfast sudah cukup mengenyangkan buat saya sehingga waktu lunch , namun saya tersilap , kerana saya sudah merasa lapar bila masuk jam 11.00 pagi . 

 

Masa itu , saya selalu memikirkan untuk mengambil makan tengahhari awal , tetapi saya sedar , sekiranya saya mengambil makan tengahari awal , saya akan merasa lapar kembali sebelum sampai ke waktu malam . Ia sebenarnya merunsingkan saya .  
Biasanya saya akan minum air masak banyak-banyak . Tetapi sebenarnya anda boleh mengambil snack yang sihat untuk menahan rasa lapar anda itu . Ia adalah kerana tahap metabolisme kita dah semakin meningkat , dan snacking boleh membantu untuk mengekalkan pasar metabolisme kita .

Selain itu , snacking sebenarnya akan mengelakkan kita dari mengambil makanan secara berlebihan pada waktu makan kita seterusnya . 



Dan kalau anda nak tahu sebenarnya pada waktu snack juga anda masih boleh mengambil shake tau . Ia merupakan snack terbaik untuk mengawal berat dan kadar metabolisme anda . 

Dibawah adalah contoh snek terbaik didalam diet anda :
  • Kekacang & bijirin - Kekacang dan bijirin membekalkan protein, jadi dapat memberikan kita rasa kenyang yg lebih panjang. Walaupun ada antara kekacang yang tinggi lemak, tetapi lemak yg dibekalkan biasanya jenis lemak baik iaitu monounsaturated fat. Kekacang dan bijirin agak tinggi kalori jadi tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak
  • Bijirin penuh ( whole grain ) - Whole-grain sangat tinggi fiber dan karbohidratnya , ia dapat memberikan tenaga yang berpanjangan. Biskut bijiran penuh rendah lemak adalah antara whole grain yang boleh diambil .
  • Buah - buahan dan sayur - sayuran - ia merupakan bilangan kalori yang paling sedikit. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga membekalkan vitamin, mineral, fiber dan lain-lain nutrien.
  • Produk tenusu - yogurt , keju dan mana-mana jenis tenusu sangat bagus kerana ia mempunyai sumber kalsium dan protein untuk badan kita . Tetapi anda perlu ingat bawaha produk tenusu adalah tinggi kandungan lemaknya . Ada yogurt yang mempunyai tinggi kandungan gula, jadi cari jenis yang rendah kalori.


Jadi , jangan lupa untuk membuat pilihan yang bijak didalam snacking anda , ia sangat mudah sekiranya anda tahu kelebihannya . Oleh itu , sekiranya anda ingin mengetahui lanjut bagaimana cara saya mengambil snacking didalam proses diet Herbalife 

> hubungi saya sekarang dan lantik saya menjadi Coach Herbalife anda

Saya yakin saya dapat membantu anda . 



PRODUK HERBALIFE : LANGKAH PERTAMA ANDA

salam semua

Have u had your shake today ?

Alhamdulillah , bermula pada 10 Julai 2012 blog ini dibuat sehingga ke hari ini blog ini telah mencapai average 200 - 500 pengunjung pada setiap bulan , syukur kerana saya tidak menyangka rupa-rupanya ramai diluar sana yang mempunyai kesedaran di dalam masalah kesihatan masing - masing .

Dan paling seronok kerana anda semua telah memilih Produk Herbalife sebagai produk yang akan membantu anda didalam pengurusan berat badan anda . Saya merasa sangat- sangat teruja dengan perkembangan ini .

dan dengan selama itu juga , saya banyak menerima email pertanyaan dan ingin mencuba produk Herbalife ini . Ada yang terus beli dan buat order , ada juga yang masih berfikir-fikir lagi . Tidak mengapalah , mungkin anda memerlukan masa untuk membuat keputusan .Yang penting anda telah mula melakukan apa yang terbaik buat diri anda sendiri .


ada yang pernah menggunakan Herbalife tetapi tidak mendapat panduan yang sepatutnya dari 'coach' mereka , dan ada yang masih tercari-cari produk yang mana sesuai untuk menanggani masalah kesihatan mereka . Rata - rata dari mereka mencari mengenai testimoni - testimoni saya yang terdahulu , tidak kurang juga yang mencari tentang Produk Herbalife .  

Apa - apa pun saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua yang memilih produk Herbalife sebagai langkah pertama didalam mencapai matlamat anda untuk menurunkan @ menaikkan berat badan . Ini bermakna anda sudah ada niat untuk buat yang terbaik buat diri anda sendiri . Kesedaran itu sangat penting , kerana tanpa kesedaran anda pastinya tidak akan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik buat diri anda.

Jadi kepada yang ingin jadi lebih sihat , bolehlah mulakan langkah pertama anda dengan menghubungi saya di ieda0106@yahoo.com @ sms saya di 0179735306 . Saya bersedia membantu anda untuk mencapai apa yang anda impikan selama ini .
 


10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA

salam semua

Have u had your shake today ?

Ketahui 10 Makanan Paling Menggemukkan di Malaysia .

Saya sangat tertarik dengan analisa seorang pakar kesihatan iaitu Kevin Zahri mengenai 10 Makanan Paling Menggemukkan di Malaysia . Oh ya , sudah tentu kerana di malaysia sahaja , kita mempunyai beribu manusia yang mengalami tahap kegemukan yang terlampau ! .

Senarai yang diberikan di sini tidak terhad kepada makanan tempatan Malaysia tapi makanan kegemaran di Malaysia termasuklah daripada fast food, trend dessert etc.

Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.
 
Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.
 
 Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.
 
 Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.
 
 Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.
 
Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.
 
 Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).
 
 Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.
 
 Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.
 
1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.


Memang gerun melihatkan senarai 10 makanan paling menggemukkan di Malaysia ini . Memang patut kita semua ada kesedaran dalam hal pemakanan harian kita . Oleh itu bertukar lah kepada pemakanan yang sihat , gaya hidup yang sihat , insyaallah anda akan berjaya . Keyakinan itu perlu untuk merialisasikan impian anda . 

Jadi sekiranya anda bersedia untuk memulakan program turun berat badan dengan sarapan pagi yang sihat dengan herbalife dan ingin melantik saya menjadi coach Herbalife anda , hubungi saya, ieda0106@yahoo.com sms 017 9735306 atau whatsapp 018 2121619


SHAKE HERBALIFE : BAGAIMANA RASANYA

salam semua

Have u had your shake today 

Ok , hari ini tergerak hati nak kongsikan disini bagaimana rasa Shake Herbalife . Hurm pastinya ada yg tertanya - tanya kan . Kalau dulu , sewaktu mula-mula saya hendak cuba menggunakan Shake Herbalife F1 , saya benar-benar kurang yakin , kenapa ? kerana saya adalah seorang yang tidak suka minum susu . Apa sahaja bentuk susu , memang akan membuatkan saya rasa mual .

Kalau ikutkan , saya sewaktu itu tidak mempunyai pilihan lain untuk merasa shake herbalife ini melainkan membeli 1 botol F1 Herbalife ini untuk tahu bagaimana rasanya .

Tetapi sewaktu saya diperkenalkan dengan herbalife mamber iaitu aziera , dia ada mencadangkan saya untuk memilih F1 perisa cappuccino . Itupun kerana dia tahu saya adalah pengemar kopi & nescafe . Rasa cappuccino seakan sama dengan kopi dan nescafe . Saya semakin yakin dengan produk Herbalife ini dan terus menggunakannya .

source : google

Dan sekarang setelah 4 tahun saya menggunakan Shake Herbalife , saya semakin suka dan tidak pernah jemu dengan perisa cappuccino ini . Sampai ada teman - teman herbalife yang lain cakap , tidak jemu ke dengan perisa ini ?

Ini bukan bermaksud perisa lain tidak enak , bahkan ramai pengguna - pengguna herbalife menyukai perisa lain juga seperti Tropical Fruit , Dutch Choc , Vanila dan Strawberry . Semuanya mengikut citarasa masing - masing .

Untuk pengetahuan anda juga perisa pertama, yang memang menjadi pilihan dan kegemaran ramai sejak dari dahulu lagi ialah perisa Dutch Chocolate. Perisa ini juga merupakan perisa yang paling popular di kalangan pengguna produk Herbalife.

Anda mesti percaya yang salah satu perisa shake diatas pastinya sesuai dengan anda. Terpulang sama ada anda betul-betul ingin mencubanya atau tidak . Jangan ragu-ragu sama ada produk ini sesuai untuk anda , atau sama ada anda boleh minum atau tidak shake , belum cuba belum tahu tau !

Jadi untuk mendapatkan shake yang sihat dan sedap ini, anda boleh email saya di ieda0106@yahoo.com atau sms di 0179735306 , saya akan membantu anda untuk mendapatkan Shake Herbalife yang sesuai buat anda .


BAGAIMANA BERJAYA TURUN BERAT BADAN DENGAN HERBALIFE

salam semua

Have u had your shake today ?

Bagaimana berjaya turun berat badan dengan Herbalife ?

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit kisah saya bagaimana berjaya turun berat badan dengan Herbalife . Siapa pemangkin semangat saya ? Siapa mendorong saya didalam Herbalife ? 

Kini sudah 4 tahun saya mengenali Herbalife , saya hidup didalamnya , saya lalui saat-saat susah bersamanya , syukur kerana saya dapat rasakan betapa saya berpuas hati dengan Herbalife . Kini saya semakin yakin dan bersemangat kerana akhirnya saya berjaya turun berat badan dengan Herbalife .

Siapa pemangkin semangat saya ?

Siapa pendorong saya didalam Herbalife ?



Jawapannya mudah sahaja , diri saya sendiri . Kenapa saya katakan begitu , ye kerana dengan kehendak diri sendiri sahajalah yang akan membantu saya berjaya turun berat badan dengan Herbalife dan bukan dari orang lain !

Dulu pada awalnya saya memang kurang yakin untuk menggunakan Herbalife , saya ragu-ragu untuk mencuba Herbalife . Adakah saya akan berjaya ? Sejauh mana saya akan kekal berjaya dengan produk Herbalife ? semua persoalan itu sentiasa bermain diminda saya . Namun , sampai suatu masa , saya bertekad untuk berubah . Saya kuatkan semangat untuk melawan penyakit yg saya alami ketika itu , bertekad untuk sembuh dan mendapatkan apa yang saya idamkan selama ini . 



Semua atas usaha dan semangat diri saya sendiri , dengan berbekalkan panduan dari teman yang terdahulu menggunakan Herbalife , saya memulakan langkah saya walaupun ketika itu saya adalah seseorang yang bukannya banyak duit sangat . Tapi saya kuatkan semangat saya untuk teruskan , nak buktikan kepada suami dan family saya bahawa saya boleh berjaya turun berat badan dengan Herbalife .

Banyak rintangan dan dugaan yang saya lalui , terutama sekali rutin untuk makan bersama - sama keluarga berkurangan , ialah bila saya shake saya tidak dapat menikmati hidangan bersama keluarga saya . Tetapi saya bersyukur kerana semua ahli keluarga saya paham dengan keadaan saya sewaktu itu . Mereka juga pada awalnya tidak yakin saya boleh bertahan dengan Diet Herbalife ini . Dan akhirnya , syukur kerana saya berjaya melawan semua perasaan sangsi itu . Dan kini meraka juga bersama - sama saya menjalani kehidupan lebih sihat bersama Herbalife . Insyaallah saya akan terus bersama Herbalife dan yakin dengan nutrisi sihat ini dapat membantu saya untuk terus sihat dan berjaya  .

Kepada anda semua diluar sana , semuanya bermula dari diri anda sendiri , sekiranya anda serius dan berkehedak , tiada siapa yang dapat menahan anda dari berjaya . Anda sendiri perlu yakin kepada tahap kemampuan anda untuk berubah . Berkat doa dan usaha , saya juga sama seperti anda , yakini saya boleh berjaya . Kerana kejayaan yg anda perolehi ini adalah sesuatu yang sangat manis untuk anda rasai nanti .

Jadi tunggu apa lagi , sekiranya anda ingin mengubah hidup anda ,menjadi lebih sihat dan ingin memulakan program diet dengan herbalife saya yakin dapat membantu anda , lantik saya menjadi Coach Herbalife anda di ieda0106@yahoo.com @ sms saya di 017 9735306 whatsapp 018 2121619 .



AZAM 2013 DENGAN HERBALIFE

salam semua

Have u had your shake today ?

Ha , bercerita pasal azam . Apa azam anda semua pada tahun ini ?


Rasanya belum terlambat untuk saya memperkatakan mengenai azam di tahun baru ini 2013 . Bagi saya , tahun ini adalah tahun ke 4 saya bersama Herbalife , kehidupan saya , kesihatan saya bermula dengan lebih yakin sejak mengenali Herbalife .



Jadi , kalau bertanyakan kepada saya , apakah azam saya pada tahun baru 2013 ini adalah dengan meneruskan usaha saya untuk sihat dan berjaya dengan Herbalife .

Saya ingin meneruskan hasrat saya membantu anda - anda diluar sana yang ingin sihat dan berjaya dengan Herbalife . Saya berazam untuk cuba mengubah hidup saya menjadi lebih sempurna . Ya , mungkin dengan memilih peluang yang diberikan oleh Herbalife secara lebih serius sebagai suatu titik permulaan dan azam yang terbaik buat saya pada tahun ini .





Dan dengan itu juga , saya rasa sangat-sangat teruja untuk menyertai salah satu program terbesar Herbalife iaitu Program Spectacular Herbalife yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 25-27hb Januari ini ! .Suatu yang hebat dan bermakna akan berlaku , yang pastinya disitu kami akan belajar bagaimana untuk mengubah kehidupan kami menjadi lebih baik dan berjaya melalui Herbalife .



Ya ,semua ini tidak akan berjaya sekiranya kita tidak berusaha , untuk berjaya mencapai apa yang anda impikan seharusnya memerlukan keyakinan , rajin , usaha dan tawakkal kepada allah . Ia akan menjadi kenyataan sekiranya anda berhenti berangan ! . Bertindak sekarang , apa yang anda inginkan pada tahun ini ? Dengan usaha anda , insyaallah pastinya tidak akan sia-sia dan akan tercapai .

Dan sekiranya anda berazam untuk kurus , sihat dan berjaya pada tahun ini tetapi masih tercari-cari bagaimana untuk berjaya , bolehlah menghubungi saya di ieda0106@yahoo.com @ sms saja saya di 017-9735306 .Saya pasti akan membantu anda untuk kurus dengan selamat bersama Herbalife .

     

COACH BEBAS HERBALIFE : JURULATIH PROGRAM HERBALIFE

salam semua

Have u had your shake today ?

apa itu Coach Bebas Herbalife ?

siapakah Coach Bebas Herbalife ? 

Persoalan begini memang selalu ditanya kepada saya melalui email dari individu-individu yang ingin menggunakan Herbalife . Ada diantara mereka yang memberitahu saya bahawa mereka sudah menjadi ahli tetapi mereka tidak dibimbing 'coach' dengan baik , sekadar menjual produk sahaja .

Hurm bukan kah rugi jika terjadi begitu , anda membeli produk tetapi anda tidak mendapat tunjuk ajar atau cara-cara untuk menggunakan produk tersebut sehingga berjaya .





Baiklah , saya ingin kongsikan bersama disini siapakah kami Coach Bebas Herbalife 

Sebenarnya kami adalah individu yang secara langsung dilantik untuk menjadi Coach Bebas Herbalife @ Personal Wellness Coach anda apabila anda sudah membeli produk Herbalife dengan kami . Tetapi anda semua kena berhati - hati sekiranya anda membeli produk dengan mana-mana pengedar dengan harga yang lebih murah , kemungkinan besar pengedar tersebut tidak menyediakan khidmat coaching kepada anda .

Apa fungsi kami ?

Kami bertanggungjawab untuk bersama - sama anda sepanjang journey untuk menurunkan berat badan @ naik berat badan . Kami bertanggungjawab dalam mencadangkan menu - menu yang sesuai serta akan memantau sepanjang program diet ini agar anda dapat mencapai berat ideal yang anda inginkan .

Ingat , anda perlu menghubungi pengedar anda yang telah menjual produk dengan anda untuk mendapatkan panduan penggunaan bukannya anda mencari  Coach Bebas Herbalife yang lain kerana hanya Coach Herbalife yang mengenali pembelinya sahaja yang akan mengambil berat tentang keberkesanan produk terhadap anda .

Adakah perlu setiap orang mempunyai Coach Bebas Herbalife ?

Ya perlu , bagi memastikan anda mendapat result yang anda inginkan supaya anda tidak kecewa dengan keputusan anda menggunakan produk herbalife ini . Anda perlu ingat , pastikan anda betul-betul mengikut panduan yang telah Coach Bebas Herbalife anda berikan . Jangan main - main ! 

Jadi sekiranya anda ingin mendapatkan produk Herbalife dan ingin menjadikan saya Coach Bebas Herbalife anda , silalah hubungi saya di ieda0106@yahoo.com atau sms saya di 0179735306 .  Saya bersedia membantu anda untuk berubah !


HARGA SHAKE HERBALIFE

salam semua

Have u had your shake today ?

Ingin tahu harga shake Herbalife ?

Hari ini , saya nak kongsikan bagaimana anda semua yang berminat dengan produk Herbalife untuk mengetahui berapakah Harga Shake Herbalife .

Macam biasa , walaupun dah hampir 4 tahun bersama Herbalife , namun saya tidak pernah lekang dengan persoalan berapakah Harga Shake Herbalife ini .


Sebelum itu , ingin saya tekankan disini produk Herbalife dijamin selamat utk dimakan dan ianya adalah makanan kesihatan dan bukannya ubat.
 
Jika anda pernah mencuba untuk menghilangkan berat badan sebelum ini dan gagal, jangan berputus asa. Program Shake Herbalife menggabungkan Nutrisi Selular dan kuasa protein supaya anda boleh mengawal rasa lapar anda, mengekalkan metabolisme yang sihat dan rasa bertenaga sambil anda dapat menghilangkan kilo yang tidak anda kehendaki !



Sebagaimana yang anda ketahui pakej 'start now pack' shake herbalife adalah seperti berikut :
  • Formula 1- Shake Mix (any flavour)
  • Formula 3 - Protein Powder
  • Tea Mix - Lemon & Hibiscus ( 50 g )
     
Jangan risau , anda juga sebenarnya boleh mendapatkan harga shake herbalife melalui saya sekiranya anda berminat untuk mengetahuinya .

Harga Shake Herbalife boleh anda dapati dengan harga pukal sekiranya anda  menjadi ahli dan dengan harga retail bagi yang bukan ahli .

Tetapi semua ini adalah bergantung kepada anda yang benar-benar serius untuk mendapatkan berat badan yang ideal , anda semua haruslah disiplin didalam penggunaannya . 

Saya juga dulu membeli secara pukal pada awal penggunaan herbalife untuk kegunaan saya sendiri , demi keinginan yang tinggi untuk menurunkan berat badan saya . Oleh itu peluang sudah ada disitu untuk anda dapatkannya .

Jadi sekiranya anda ingin mendapatkan senarai Harga Shake Herbalife , anda bolehlah menghubungi saya . Saya bersedia menjadi coach anda dan membantu anda untuk berjaya didalam mendapatkan berat badan yang ideal . 

email ieda0106@yahoo.com [ call/sms/whatsapp
017 9735306 (digi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...