4 TIPS MUDAH KURUSKAN BADAN TANPA SENAMAN

Salam semua

Have you had your shake today ?

Apakah tips cara kuruskan badan tanpa senaman

Anda tiada masa untuk bersenam kan ?

Sama seperti saya , dah turun berat badan 24 kg tanpa senaman adalah sesuatu yang memang saya tidak jangkakan . Yelah , saya pernah lihat orang yang nak kuruskan badan bersungguh-sungguh buat pelbagai jenis senaman . Dan adakalanya senaman yang mereka lakukan telah membuatkan mereka merasa serik dan ada kemungkinan tidak akan melakukannya lagi . 

Itu adalah kepada mereka yang cepat putus asa bukan . Mereka nak kurus tapi malas berusaha melakukan sesuatu yang membantu mereka untuk kurus . Bukan hanya kurus sahaja tau tetapi kurus yang sihat ! 

Sebenarnya , tiada wujudnya istilah tiada masa , malah memberikan alasan anda sibuk , sedangkan anda masih mempunyai waktu untuk melakukan senaman atau aktiviti ringgan yang sudah pasti akan menyumbang pembakaran lemak didalam badan anda . Ha anda tidak percaya , jom saya kongsikan disini apa yang anda boleh lakukan 

4 TIPS MUDAH KURUSKAN BADAN TANPA SENAMAN

1. AKTIVITI DI TEMPAT KERJA 

Bagi mereka yang masih bekerja ia adalah sesuatu kesempatan yang sangat mudah . Yelah , anda sudah tentunya akan banyak bergerak untuk memulakan kerja . Jangan hanya duduk di kerusi di meja anda sahaja dalam tempoh yang lama . Satu kajian mendapati individu yang duduk lebih lama 2.5 jam sehari adalah mereka yang lebih cenderung mengalami obesiti . Jadi sekiranya anda seperti saya dahulu yang hanya membuat kerja 8 jam mengadap komputer , anda boleh mengambil masa 15 minit untuk berjalan atau menaiki tangga untuk naik ke pejabat atau memilih menyusun fail dengan berdiri . 

2. AKTIVITI SAMBIL BEREHAT DI RUMAH

Ya , tidak pelik bagi saya , sambil menonton television juga saya mempu untuk memilih untuk melakukan aktiviti yang memerlukan badan saya berpeluh . Pilih lah melipat pakaian dan mengemas meja dan kawasan tempat anda bersantai untuk berehat , bak kata orang tangan tidak duduk diam lah . Jangan biarkan masa rehat anda dengan berbaring menjadi punca kenaikan berat badan anda !

3. AKTIVITI BERSAMA ANAK - ANAK

Ha , ini lagilah banyak , bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah , apa kata anda melakukan rutin menghantar dan mengambil anak-anak anda dari sekolah . Cuba elakkan dari mengambil mereka di pintu sekolah sahaja . Cubalah berjalan kaki untuk ke kelas untuk mengambil mereka . Jadi sambil berjalan menghantar anak - anak berbual lah dengan mereka , ia juga boleh dijadikan sebagai masa berkualiti dengan anak - anak bukan !

4. AKTIVITI KERJA HARIAN DI RUMAH 

Ini sudah tentunya peluang yang sangat mudah buat ibu - ibu yang ingin kuruskan badan tanpa senaman boleh lakukan . Terlalu banyak aktiviti harian dirumah yang ibu - ibu boleh lakukan kerana ia mampu membantu membakar 100 kalori dalam masa sejam bergantung kepada jantina , saiz dan usia seseorang lah . Cuba bayangkan berapa kalori yang mampu dibakar oleh badan anda sekiranya anda menyapu lantai atau mengemop lantai sambil menonton television .

Saya percaya , dengan melakukan 4 tips mudah kuruskan badan tanpa senaman ini akan sedikit sebanyak membantu anda untuk turun berat badan secara sedar atau tidak . Lebih banyak dan kerap anda lakukan maka lebih banyak lah keberhasilan yang anda perolehi .

BAGAIMANA HERBALIFE MAMPU MEMBANTU KURUSKAN BADAN TANPA SENAMAN

Ini adalah sesuatu yang sering ditanya oleh ramai orang kepada saya . Pemilihan makanan sihat Herbalife sebagai makanan gantian yang memberikan tenaga dan nutrisi yang lengkap telah membantu saya untuk berjaya turunkan berat badan sebanyak 24 tanpa melakukan sebarang senaman. 

Kandungan shake Herbalife yang rendah kalori dan khasiat yang tinggi berbanding makanan biasa yang tinggi kalori selalunya berlebihan dari keperluan dalam badan tetapi kandungan protein , vitamin dan mineral yang rendah . Dengan menggantikan 2 x makanan harian saya dengan shake Herbalife telah banyak membantu saya kuruskan badan tanpa memerlukan saya melakukan senaman yang berat . Dengan rutin harian saya yang sedikit sebuk ketika itu memang tidak memberikan saya waktu untuk melakukan sebarang senaman yang kekal .



 80% nutrition 20% exercise

Tetapi sedar atau tidak , saya juga melakukan 4 tips mudah kuruskan badan tanpa senaman diatas yang telah sedikit sebanyak membantu saya turun berat badan dengan berkesan disamping penjagaan makan yang lebih teratur . Shake Herbalife juga telah banyak membantu saya mengawal pengambilan kalori seharian saya sehingga kini . Justeru perlu diingat disini apa sahaja yang anda lakukan dengan niat anda ingin mencapai matlamat dan tujuan anda , ia memerlukan keazaman dan disiplin . Tanpa disiplin apa sahaja yang anda ingin lakukan pastu susah untuk anda kecapi ."The more you do the more you can get !"

Untuk mendapatkan kesihatan yang berkekalan , pemilihan pemakanan sihat yang mengandungi kandungan nutrisi yang lengkap , sedikit senaman yang dilakukan pasti akan memberikan anda kesan kesihatan yang paling optima . 

Justeru bagi mereka yang tidak mempunyai waktu untuk melakukan senaman untuk kuruskan badan , apa kata anda cuba memilih dengan menukar pemakanan seharian anda kepada shake Herbalife ini . Hubungi saya untuk saya membantu anda memilih produk Herbalife yang mungkin sesuai buat anda .

Jangan tunggu lagi kerana saya yakin dapat membantu anda !

email ke ieda0106@yahoo.com ]] Call/Sms/Whatsapp 017 9735306 (Digi)
 ]] 012 8181619 (Umobile)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...