BELI HERBALIFE : KISAH KAK ATIQAH

Salam semua

Have you had your shake today ?

BELI HERBALIFE : KISAH KAK ATIQAH

Baru - baru ini saya ada menerima kunjungan dari kawan kepada salah seorang ahli saya . Dia datang kerana diajak oleh ahli saya untuk mendapatkan analisa kesihatan percuma dari saya . Setelah selesai melakukan rutin susulan menimbang ahli saya , saya juga melakukan perkara yang sama kepada rakan ahli saya ini . Memang seronok rasanya bila dapat menerangkan analisa kesihatan yang telah dilakukan kepadanya .

Dalam pada kami berbual Kak Atiqah ada bertanya kepada saya kenapa ada orang yang boleh dapat  beli herbalife berbeza dengan harga yang saya nyatakan . Bila saya bertanya , maksud dengan harga herbalife murah itu , beliau menyatakan bahawa beliau sebenarnya pernah menggunakan produk Herbalife untuk turun berat badan sebelum ini , namun ternyata cubaan beliau itu gagal , kira hanya setengah jalan sahajalah . Saya tanya bagaimana boleh jadi begitu ?

Kak Atiqah menceritakan kepada saya bahawa beliau mendapatkan produk melalui rakannya yang menjual dengan harga murah , kira bagi diskaun kerana dah kenal lama . Jadi harga yang diberikan atas dasar kesian dan sudah lama mengenali beliau dan suami beliau . Tapi beliau mengaku sendiri , beliau memang tidak mendapat pemantauan sepenuhnya dari rakannya itu . Beliau hanya diberikan panduan sukatan sahaja tanpa diberikan panduan menggunakan produk tersebut mahupun pemantauan susulan .

Bila saya bertanya lagi , adakah beliau sudah mendaftar sebagai ahli dengan rakannya untuk melayakkan beliau mendapat potongan harga , beliau memberitahu belum mendaftar ahli kerana tidak diberitahu untuk mendaftar ahli . Jadi berkemungkinan disini masalah yang timbul adalah rakan kak Atiqah tidak memberikan panduan yang selengkapnya kerana beliau tidak mendaftar ahli . Jadi jelaslah disini rakan beliau hanya menjual Herbalife tanpa coaching dan memberikan paduan yang sepatutnya beliau dapat . 
Inilah masalahnya , bila kita nak turun berat badan , tanpa usul periksa kita terus percaya kepada seseorang itu kerana ingin beli Herbalife cara mudah . Beli produk dengan kuantiti yang banyak kononya hendak jimat . Kesudahannya tidak memberikan apa-apa hasil malah lain pula jadinya . Ini semua berkemungkinan pengedar tersebut hanya menjual produk dan tidak menggunakan produk secara serius .Akhirnya yang menjadi mangsa disini adalah beliau yang telah mendapatkan produk dengan sia - sia sahaja . Dengan siapa beliau nak rujuk ?


Setelah diberikan penerangan yang terperinci dari saya , kak Atiqah merasa sangat kesal dengan apa yang telah terjadi . Atas nasihat saya dan rakan beliau iaitu ahli saya , beliau telah memilih saya untuk menjadi Coach beliau dan ingin meneruskan kembali usaha beliau menggunakan produk untuk turun berat badan . Saya merasa sangat bersyukur kerana bagi saya perkara yang lepas , biarlah lepas , kita tidak boleh kenangkan lagi malah kita perlu berusaha dan tekad untuk mendapatkan apa yang kita inginkan . Mujurlah beliau belum mendaftar ahli dengan rakan beliau itu , jika tidak saya sendiri tidak dapat membantu beliau kerana beliau sudah terikat dengan rakan beliau selama 2 tahun . 

Alhamdulillah kerana saya adalah pengedar Herbalife bukanlah jurujual dan memberikan khidmat coaching untuk membantu orang lain mendapatkan hasil sepertimana saya juga mendapat hasilnya . Saya juga akan bertanggungjawab kepada mereka yang telah melantik saya sebagai Coach sehinggalah mereka mendapat hasil yang mereka inginkan. Akhirnya saya boleh melihat sendiri hasil yang kak Atiqah alami . Walau ia kelihatan payah dan menerima banyak dugaan , namun berkat kesabaran beliau , kini sudah menampakkan hasilnya .



Saya merasa sangat bangga kerana kini dapat membantu kak Atiqah untuk berjaya didalam usaha beliau . Tanpa rasa jemu beliau datang setiap minggu untuk mendapatkan pemantauan susulan dari saya . Saya sentiasa memberikan dorongan dan nasihat agar beliau tidak mudah berputus asa .

Jadi sedikit nasihat saya kepada yang ingin mendapatkan penyelesaian didalam masalah berat badan anda  , jangalah terlalu memikirkan untuk mendapatkan harga yang murah sahaja , carilah Coach yang betul-betul bersesuaian dengan anda kerana produk Herbalife memang anda boleh dapatkan dengan sesiapa sahaja dan ada dimana-mana . Buatlah pilihan yang bijak dengan melantik Coach yang betul - betul dapat membantu anda . 

Sekiranya anda sudah bersedia untuk berubah , lantik saya sekarang sebagai Coach Herbalife anda kerana saya yakin dapat membantu anda . Saya akan mencadangkan pilihan pakej - pakej Herbalife yang disediakan mengikut kemampuan dan budget anda . Jangan tunggu lagi dan bertindaklah sekarang !


email ke ieda0106@yahoo.com ]] Call/Sms/Whatsapp 017 9735306 (Digi)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...