CARA MAKAN HERBALIFE UNTUK KURUS

Salam semua

Have you had your shake today ?

Tahukah anda Cara Makan Herbalife untuk Kurus Sangat Penting 

Jika anda adalah seorang yang seperti saya dulu , sentiasa tertanya - tanya bagaimana saya nak kurus dengan cepat . Kalau orang tanya macam mana saya boleh gemuk sehingga tahap 94kg dulu , saya memang tidak tahu nak cakap apa . Tapi jawapan yang sama akan saya berikan adalah kerana faktor genetik dan saya baru lepas bersalin anak ke 3 ketika itu .

Memang lucu sebenarnya bila memikirkan jawapan yang saya berikan tanpa sedar bahawa masalah berat badan saya sebenarnya berpunca dari gaya pemakanan saya yang tidak sihat , makan sentiasa nak lebih , makan tidak ikut masa , sentiasa rasa lapar dan pemilihan makanan yang saya makan selalunya menjurus kepada lemak , garam dan minyak berlebihan . Kalau minum air , pilihan utama adalah air nescafe kerana saya memang pengemar nescafe . Kalau lepas makan di luar mahupun dirumah , tiada air nescafe memang tidak sah. Memang ngerilah jika diingat-ingatkan kembali gaya hidup saya dahulu .

Bila saya mula rasa kurang selesa dengan penampilan dan perubahan diri saya ,barulah saya sedar , kemana - mana saya pergi saya mula merasa segan , serba serbi tidak kena kerana keadaan badan saya yang gemuk . Dengan mendukung anak bongsu saya , saya tidak ubah seperti seorang makcik yang berumur lewat 40 thn . Memang menyedihkan ketika itu , lalu saya membuat keputusan untuk lakukan sesuatu terhadap diri saya . Sampai bila saya ingin di belenggu dengan masalah berat badan , tidak dapat bergaya seperti orang lain dan paling sedih bila saya mula ada masalah kesihatan lain . 

Lalu saya di perkenalkan dengan rakan sekerja saya dulu dengan diet Herbalife . Dengan beliau saya mempelajari mengenai kelebihan produk Herbalife didalam membantu saya . Dia juga memberikan panduan kepada saya cara makan Herbalife untuk kurus yang lebih berkesan . Saya sebenarnya tidak terlalu risau dengan rasa shake Herbalife ini kerana ia mempunyai kelebihan 5 perisa yang enak - enak . Jadi saya sangat bersyukur dengan adanya perisa ala - ala nescafe iaitu cappucino yang sehingga kini menjadi pilihan utama saya selain perisa - perisa yang lain .


Hari demi hari saya mula lebih memahami mengenai produk Herbalife dan kelebihan yang diberikan kepada saya . Selain dari menikmatinya dengan mengikut cara dan panduan betul yang diberikan oleh rakan saya yang juga merupakan Coach Herbalife saya , saya juga diberitahu kesan Herbalife terhadap seseorang itu juga bergantung kepada cara makan Herbalife untuk kurus yang diberikan oleh seoarang Coach atau Jurulatih . 

MENGAPA CARA MAKAN HERBALIFE UNTUK KURUS SANGAT PENTING ?

Mula - mula saya juga merasa agak hairan , kenapa begitu pula . Bukankah kesan Herbalife akan menjadi sama sekiranya kita menggunakan produk yang sama . Namun salah sama sekali tekaan saya kerana barulah saya sedar , memang kebanyakan testimoni turun berat badan Herbalife bergantung kepada cara makan Herbalife untuk kurus yang diberikan oleh Coach mereka. Ia juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang kerana ianya tidak tipikal dan hasil setiap individu itu mungkin berbeza - beza .


Dan ada juga orang yang memilih produk Herbalife mengikut kesesuaian mereka bukan setakat untuk turun berat badan ,malah produk Herbalife memberikan kesan kepada mereka yang ingin naik berat badan dan memperbaiki kesihatan . Jadi semua kesan Herbalife ini juga bergantung kepada tujuan mereka menggunakan produk dan sudah tentunya cara dan panduan yang diberikan oleh Coach Herbalife pula menentukan keberhasilannya .

Jadi bagi saya memang banyak cara makan Herbalife untuk kurus di luar sana . Pemilihan produk dan Coach Herbalife sangat penting didalam setiap tujuan dan misi anda menggunakan produk Herbalife . Didalam usaha untuk menurunkan berat badan , selain dari disiplin dan semangat yang tinggi pada diri sendiri , pemilihan makanan dan masa yang bersesuaian untuk makan sangatlah dititikberatkan , dan ini semua merupakan tugas seorang Coach untuk memantau dan membantu anda mencapai kejayaan dengan lebih mudah .

Bagi saya , untuk kurus sebenarnya bukanlah semata - mata bergantung kepada cara makan Herbalife untuk kurus itu sahaja . Tetapi kita perlu ingat , kita mahukan cara yang diberikan itu memberikan kesan kesihatan yang berpanjangan kepada kita kerana untuk kuruskan badan bukanlah setakat keinginan sahaja malah ia merupakan keperluan bagi kita . Oleh sebab itu semua orang harus mempunyai rasa dan keinginan untuk mencapai berat badan yang ideal mahupun kesihatan yang lebih baik . Anda boleh menggunakan cara yang sama bagaimana saya telah berjaya turun berat badan sebanyak 24 kg dengan menggunakan produk Herbalife ini .


Namun untuk mencapai kesan Herbalife terbaik buat anda , ia merupakan hasil dari pemilihan Coach Herbalife yang anda lantik yang boleh membantu anda sepenuhnya didalam misi yang anda inginkan . Saya masih lagi didalam usaha untuk menurunkan berat badan ke berat badan ideal iaitu 65kg . Namun fokus utama saya adalah bukan penurunan berat badan yang drastik tetapi melakukannya secara konsistan dan juga lebih kepada shaping badan saya . 

Jika ada yang mengatakan cara makan Herbalife untuk kurus adalah sama sahaja , tidak perlukan Coach boleh menampakkan hasilnya . Memang betul tetapi sejauh mana anda berpuas hati dengan hasilnya , mungkin cara yang anda lakukan adalah salah dan akhirnya tidak memberikan apa - apa kesan kepada anda malah sebaliknya .


Jadi , jangan tunggu lagi , sekiranya anda ingin mendapatkan cara makan Herbalife untuk kurus yang berkesan , pilihlah seoarang jurulatih yang berpengalaman sesuai dengan kesan yang anda inginkan .Coaching yang disediakan kepada anda juga adalah percuma dan sudah pastinya untuk selama - lamanya .

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan produk Herbalife dan lantik saya sebagai Coach Herbalife anda.

email ieda0106@yahoo.com [ sms / call / whatsapp 017 9735306 (Digi)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...