Salam semua
KENAPA SAYA MINUM TEA HERBALIFE UNTUK TAMBAH TENAGA
Sekarang ini kalau ada yang bertanya kepada saya diantara banyak-banyak produk Herbalife , yang mana menjadi pilihan utama saya , sudah pastinya selain dari shake Formula 1 saya akan jawab tea Herbalife . Hurmmm pastinya ramai yang sedikit sebanyak sudah mengenali apa itu tea Herbalife yang juga dikenali dengan nama Teamix Herbalife .
Ya , memang ada banyak jenis tea sebenarnya , diantaranya tea hitam , oolong tea dan tea hijau , namun banyak kelebihan dan manfaat yang sangat disarankan untuk kita mengambil tea dari Herbalife ini terutamanya didalam membantu saya menurunkan berat badan .
Tea Herbalife yang sedap ini merupakan sejenis tea yang sangat halus buatannya tidak seperti kebanyakan tea hijau diluar sana yang perlu ditapis . Pembuatannya yang halus memudahkan ia larut dengan mudah dan cepat untuk kita nikmati . Produk ini melengkapkan seluruh nutrien penting yang berfungsi sebagai antioksidan yang dikenali dengan EGCG (epigallocatechin gallate) yang mana mampu memperbaiki masalah kesihatan . Secara umumnya produk tea Herbalife ini ada 2 perisa iaitu
- Teamix lemon & Hibiscus
- Teamix Peach
Teamix lemon & Hibiscus ini mengandungi banyak vitamin C yang mampu memberikan kesan anti oksidan untuk melawan bakteria selain berfungsi untuk merawat sesetengah penyakit . Kalau kita sedar , kenapa bila kita rasa pening - pening kita akan menjurus untuk menjadikan buah lemon sebagai pewangi untuk menahan rasa pening itu . Rasa dingin dan menenangkan bukan .
Begitu juga dengan teamix peach yang mempunyai banyak serat , mineral dan vitamin , juga berfungis untuk kesihatan badan dan kecantikan . Kalau anda nak tahu vitamin didalam buah peach juga mampu mencegah penuaan tau . Namun bagi saya dan kelaurga kami memang sangat menyukai tea Herbalife berperisa lemon terutamanya suami dan anak lelaki saya .

- lebih dari 20 nutrien dan antioksidan yang kuat
- asid folik , kalsium dan zat besi
- menyokong sistem imunisasi
- meningkatkan kesihatan tulang , kulit dan rambut
Kenapa Tea Herbalife sepatutnya menjadi pilihan anda
Memberikan tenaga berpanjangan
- apabila saya menikmati tea ini , saya sendiri dapat rasakan badan merasa sangat segar dan tidak mudah letih , terutamanya ketika saya melakukan kerja - kerja rumah saya tidak mudah merasa letih walaupun selepas makan mungkin kerana kesan antioksidan yang kuat pada tea Herbalife ini . Kebiasaanya sebelum saya mengenali tea Herbalife ini , contohnya selepas makan tengahari pasti saya akan merasa mengantuk dan letih sehingga sering membuatkan saya tertidur . Alhamdulillah kini tidak lagi dengan adanya tea Herbalife ini .
- tea Herbalife ini meningkatkan daya ingatan , alhamdulillah sejak mengambil tea Herbalife ini saya dapat rasakan peningkatan kepada daya ingatan saya . Maklumlah bila dah meningkat usia ini , saya juga sering mengalami masalah mudah lupa . Kelebihan tea ini juga mungkin disebabkan antioksidan yang kuat yang telah mengawal radikal bebas dari terus merosakkan saraf otak kita .
- ada kajian yang mengatakan dengan mengambil tea hijau ia mampu memberikan kesan awet muda , yang ini memang saya akui , dengan menikmati tea ini badan memang terasa segar dan sentiasa ceria . Ada yang mengatakan bahawa tea hijau juga mampu menghalang tubuh dari menyerap lemak dan kolestrol didalam badan . Namun suka diingatkan disini , tea Herbalife tidak boleh mengantikan keperluan air putih kepada badan .
- Oh ini sudah tentulah saya suka kerana dengan mengambil tea Herbalife ini secara konsistan ia akan membantu mempercepatkan proses pembakaran kalori didalam badan . Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk bersenam memang bagus sangat untuk mengambil tea Herbalife ini kerana selepas kita minum tea ini kita akan rasa berpeluh-peluh seolah-olah berlari 20 minit
Oleh itu kesimpulannya disini tea Herbalife ini memang banyak maanfaatnya terutama bagi mereka yang ingin mencari pengganti kepada minuman yang tinggi caffeine , tinggi gula dan tinggi kalori , anda boleh bertukar kepada tea Herbalife ini . Anda boleh mengambil tea Herbalife ini sebagai satu pilihan untuk diminum sepanjang hari untuk menjaga kesihatan anda .
Namun tea Herbalife ini bukanlah penyelesaian untuk anda menurunkan berat badan . Sekiranya anda ingin mengetahui cara paling berkesan untuk turukan berat badan dengan produk Herbalife , hubungi saya sekarang kerana saya bersedia memberikan analisa kesihatan ringkas buat anda . Saya juga boleh mencadangkan produk Herbalife yang lebih sesuai untuk membantu anda turun berat badan dengan lebih berkesan .
Hubungi saya sekarang bagi mendapatkan tea Herbalife ini !
email ieda0106@yahoo.com [ call/sms/whatsapp
017 9735306 ( digi )
017 9735306 ( digi )