5 Kesilapan Wanita Semasa Berdiet

Salam semua


Have you had your shake today ?

KETAHUI 5 KESILAPAN WANITA SEMASA BERDIET

Anda sudahpun mengawal pemakanan anda ? mengira kalori makanan yang anda ambil dan mengikut jadual program yang disediakan dan melakukan senaman setiap hari . Namun bila tiba masa anda ingin naik penimbang , berat badan anda tidak seperti yang anda inginkan .

Mungkin masa ini anda terfikir , dimanakah silapnya anda , apa yang perlu anda lakukan dan pelbagai persoalan lagi .

Sebenarnya walaupun anda telahpun mengambil makanan sihat mengikut jadual yang telah diberikan dan amalan bersenam , namun mungkin anda tidak sedar , anda telah melakukan kesilapan kecil yang menyebabkan tiada hasil penurunan berat badan anda . Mungkin ini boleh membantu anda untuk mencapai target mendapatkan tubuh yang langsing dan fit .



#1. Kira kalori yang anda ambil 

Ambil jumlah makanan yang mempunyai kalori yang lebih rendah dari apa yang tubuh anda perlukan untuk anda kekalkan berat badan anda sekarang atau mengurangkan berat badan anda . Mungkin ada diantara anda yang masih tidak tahu untuk mengira keperluan kalori harian anda yang ideal , anda boleh cari cara mengira kalori ini melalui carian google .

#2. Pilih makanan yang berkhasiat

Ada diantara kita yang lalai didalam jumlah pengambilan makanan kita . Apa yang anda ambil didalam pinggan anda bukan sahaja bergantung kepada jenis makanan malah apakah jenis makanan yang anda ambil . Mungkin makanan yang anda ambil itu dirasakan sudah berkhasiat , namun anda perlu berhati - hati terhadap jumlah kalori didalam makanan tersebut . Anda boleh cuba kepada makanan yang tinggi serat seperti melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan

#3. Memesan makanan yang paling berkhasiat didalam menu ketika di restoran 

Elakkan dari memilih restoran makanan segera . Seperti yang anda ketahui kebanyakan restoran makanan segera menyediakan menu yang tinggi kalori . Cuba dapatkan terlebih dahulu maklumat mengenai restoran yang anda ingin kunjungi , adakah restoran itu menyediakan makanan berkhasiat yang anda inginkan . Kebanyakan restoran menyediakan informasi mengenai ini didalam web site atau di restoran mereka .

#4. Ingin makan makanan kegemaran anda 

Anda boleh makan makanan kegemaran anda , namun anda perlu kurangkan jumlah pengambilannya sahaja . Sekiranya anda memilih untuk makan makanan yang kurang manis dan rendah lemak , anda jangan menyangka ia tidak memberikan apa - apa kesan kepada anda kerana menurut kajian sekiranya anda merasa selesa dengan makanan ini anda sebenarnya akan makan lebih banyak dari apa yang sepatutnya anda makan . Jadi anda perlu makan mengikut portian yang berpatutan bukan makan mengikut nafsu anda !

#5. Makan Snek untuk menghilangkan lapar anda 

Awas dengan pengambilan makanan ini . Mungkin anda tidak sedar dengan hanya mengambil snek ini tanpa disedari mampu menyumbang beratus kalori untuk menaikkan berat badan anda . Makan sesuatu didalam keadaan anda tidak fokus seperti sedang menonton tv , berbual atau mengadap komputer akan menyebabkan anda makan sehingga lebih dari 15% dari kebiasaannya . Mungkin anda boleh cuba untuk mengunyah chewing gum kerana ia membantu anda mengurangkan perasaan ingin mengunyah makanan dan ia juga merupakan senaman juga .


Didalam usaha untuk anda menurunkan berat badan , anda perlu bijak memilih makanan yang bersesuaian dan membantu anda didalam mencapai usaha anda dan mungkin anda perlu pilih program turun berat badan yang mudah untuk anda ikuti dan mempunyai jadual pemakanan yang boleh membantu anda . 

Dan sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan untuk menurunkan berat badan cara mudah menggunakan Herbalife , lantik saya sebagai Coach anda dan hubungi saya sekarang .








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...