Tips Sihat : 5 Sebab Kenapa Sarapan Itu Penting

Salam semua

Tips Sihat : 5 Sebab Kenapa Sarapan Itu Penting


Have you had your shake today ?

Sarapan pagi adalah sesuatu yang sangat penting didalam kita menjalani kehidupan kita , mungkin ramai yang tidak sedar sarapan juga penting didalam Diet anda. Kita akan kehilangan tenaga untuk memulakan hari kerana setiap kali kita bangun dari tidur kita sebenarnya sudahpun kekurangan tenaga . Oleh itu sarapan sangat penting untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang untuk kita memulakan hari anda seperti biasa .

Sejak dulu , saya tidak pernah meninggalkan sarapan pagi saya bersama keluarga , kerana tahu betapa pentingnya sarapan , saya selalu memastikan anak-anak ke sekolah dengan bersarapan terlebih dahulu atau membekalkan mereka sarapan . Alhamdulillah , kini ia sudah menjadi amalan kami , malah sejak mengenali makanan sihat shake Herbalife , anak-anak tidak pernah ke sekolah tanpa mengambilnya.

Kenapa anda perlu ubah cara anda dengan tidak meninggalkan sarapan anda 

1) Mudah untuk turunkan berat badan 

Mungkin anda tidak sedar sarapan pagi mampu membakar kalori didalam badan anda . Setelah perut lama kosong disebelah malam , dengan bersarapan secara tidak langsung telah meningkatkan metabolisme dan memberikan peningkatan kepada proses pembakaran kalori dengan lebih efektif .

ketahui bagaimana saya turun berat badan 24kg dengan sarapan enak shake Herbalife

2) Untuk meningkatkan kemampuan otak 

Sebuah kajian di salah sebuah Universiti mendapati sebahagian tenaga didalam badan telah habis kita gunakan sebelum kita tidur , oleh itu sarapan pagi akan digantikan semula dan mengandungi salah satu bahan yang penting untuk meningkatkan kecerdasan otak anda.

3) Cara yang betul untuk menurunkan berat badan 

Sekiranya anda memang berniat untuk menurunkan berat badan , dengan bersarapan merupakan cara yang betul yang boleh anda lakukan . Menurut penyelidik mendapati bahawa orang yang mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk mengurangkan berat badan mahupun mengelakkannya . 
Dan sekiranya anda skip sarapan anda , anda akan cenderung untuk makan lebih banyak di waktu tengahari yang akan menyebabkan berat badan anda bertambah .

4) Tingkatkan metabolisme dalam badan 

Pada waktu pagi , paras gula didalam darah adalah rendah , jadi anda perlukan tenaga untuk mengimbangi semula paras gula didalam darah . Anda perlu makanan yang boleh memberikan tenaga diwaktu pagi dan memastikan metabolisme anda sentiasa berterusan . Jadi anda tidak seharusnya meninggalkan sarapan dan harus mengambilnya dalam tempoh 2 jam selepas anda bangun dari tidur .

5) Membantu menunjukkan teladan yang baik

Dengan bersarapan pagi anda akan mempunyai waktu untuk mengumpulkan anak - anak dan keluarga bersama - sama di meja makan . Menikmatinya dengan keadaan yang ceria juga memberikan contoh dan teladan kepimpian yang baik buat mereka .

bagaimana menyediakan sarapan mudah & sihat untuk keluarga walaupun sibuk

Ingin turun berat badan secara sihat dengan Herbalife ? 
Hubungi saya untuk mendapatkan makanan sihat dan mudah untuk membantu anda turunkan berat badan tanpa meninggalkan sarapan anda serta memberikan tenaga yang berpanjangan .

sumber : http://www.wanista.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...