5 sebab kenapa anda perlu kurus


Salam semua

Have you had your shake today ?

Apakah diantara 5 sebab anda perlu kurus

Ada ramai yang cakap kurus dan langsing sering dikaitkan dengan cantik . Siapa yang tak nak cantik dan sihat bukan . Pakai apa sahaja pakaian , pasti nak kan yang sesuai dan cantik dipandang mata . 

Dan kebanyakan dari mereka yang mempunyai masalah kegemukan sering mencuba pelbagai Diet didalam usaha mereka untuk kurus . Ada yang berjaya namun lebih ramai yang gagal atau mungkin gagal separuh jalan . Dan ada juga dari sesetengahnya masih tertanya - tanya kenapa mereka perlu kurus , untuk apa ? padahal mereka tidak sedar mereka kini tergolong dikalangan mereka yang obesiti.

Disini saya ingin berikan diantara 5 sebab kenapa anda perlu kurus agar anda lebih yakin dan bersedia untuk memulakan langkah turun berat badan .

#1. Berat badan berlebihan punca pelbagai masalah kesihatan 


Ramai yang dah tahu masalah kesihatan selalunya berpunca dari berat badan berlebihan yang kita alami . Bila kita gemuk kita juga sebenarnya terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti strok , tekanan darah tinggi , hempedu , kencing manis dan penyakit berkaitan dengan jantung . Perlu diingat menghindari adalah lebih baik dari mencegah .

#2. Faktor usia yang semakin meningkat 

Perlu diingat faktor usia juga harus kita fikirkan , semakin berusia kita semakin payah peluang untuk kita menurunkan berat badan. Ini adalah kerana semakin berusia seseorang itu semakin mudah naik berat badan kerana metabolism dalam badan lambat , ia juga disebabkan oleh jisim lemak didalam badan yang lebih banyak berbanding jisim otot, semakin otot terbina didalam badan , semakin meningkat metabolism dan semakin mudah lemak badan akan terbakar . Ada sesetengah yang berpendapat semakin berusia seseorang itu juga semakin malaslah untuk memikirkan kesihatan diri sendiri .

#3. Jimat duit

Sekarang atau mungkin sudah tiba masanya untuk anda fikirkan untuk melakukan penjimatan terutama sekali dari segi duit makan . Jika badan kita gemuk , makan pun pastinya lebih banyak , selera besar . Shopping barangan dapur pun sudah tentunya banyak , jadi sekiranya nak jimat kita kenalah kurus untuk menghidarkan kita dari memikirkan tentang lapar dan makan sahaja .

#4. Buktikan bahawa kita juga mampu berubah 

Mungkin dikalangan anda ramai yang dah kurus , adakalanya mereka mencabar kita untuk kurus dan cantik . Jadi buktikan kepada mereka bahawa kita juga boleh kurus , cantik dan sihat . Percayalah ia merupakan satu kepuasan kepada anda jika anda mampu mencapai sasaran yang anda inginkan .

#5. Mudah untuk mencari saiz baju 

Dulu mungkin kita pernah berpakaian saiz kecil seperti S , M dan L sahaja . Tapi bila berat kita  mencapai ke saiz XL , XXL atau XXXL sudah tentunya sayang pada pakaian lama yang sudah tidak boleh dipakai lagi . Bayangkan betapa teruknya anda jika anda cuba untuk berada didalam saiz yang kecil ini .

Mungkin sudah tiba masanya untuk anda memikirkan orang - orang disekeliling anda yang menyayangi anda . Bayangkan anda sihat dan dapat bersama mereka untuk menjalani kehidupan ini dalam jangka masa yang lebih lama .

Dan mungkin anda harus memikirkan untuk memulakan langkah turun berat badan ditahun 2015 ini . Ya , tiada sebab untuk anda mengatakan tidak bukan , sesungguhnya setiap dari anda sentiasa diberikan peluang untuk memastikan diri anda sihat dan bahagia . Anda hanya perlu memulakan langkah dan merialisasikannya sahaja . 

Sekiranya anda sudah bersedia untuk kurus dan ingin memulakan langkah turun berat badan anda dengan menggunakan produk Herbalife dan memerlukan bantuan dari seseorang yang telah berjaya turun berat badan untuk bersama - sama dengan anda didalam perjalanan anda .

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Herbalife dan lantik saya sebagai Coach Herbalife anda sekarang !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...