BULAN REJAB : MAKANAN DIBULAN PUASA UNTUK DIET

salam semua

SHAKE HERBALIFE : MAKANAN DIBULAN PUASA UNTUK DIET ANDA 

Sejak bermulanya bulan Rejab ini , ada beberapa orang coachee saya yang bertanyakan kepada saya bagaimana menu yg dicadangkan untuk puasa di bulan Rejab ini . Ada juga yang bertanya apakah makanan dibulan puasa untuk diet yang sesuai untuk bersahur dan untuk berbuka .

Jawapan saya adalah puasa dengan nutrisi shake Herbalife,  bersahur dan berbukalah dengan Shake Herbalife yang enak itu !

Ya .. alhamdulillah hari ini adalah hari pertama saya berpuasa di bulan Rejab dengan shake Herbalife yang enak dan mengenyangkan . Kejam celik tak sedar kita sudahpun berada di dalam bulan Rejab , 2 bulan sahaja lagi kita akan menyampai ke bulan Ramadhan Al -Mubarak . Dengan membiasakan diri kita berpuasa sunat di bulan rejab ini akan memberikan kita persediaan yang rapi untuk menempuh bulan ramadhan  tidak lama lagi .

Wahhh bila sebut semua ini , sangat teruja rasanya kan .. kenapa ? 

Sebab saya dapat berpuasa dengan jayanya dengan shake Herbalife seperti tahun - tahun yang lalu , dapat rasakan puasa tidak meletihkan , malah rasa segar dan bertenaga seperti hari- hari biasa . Kenapa saya mengatakan begitu . Baiklah , kalau dulu sebelum saya mengenali produk Herbalife , saya bersahur dengan rutin makan yang tidak sihat , kenapa saya katakan begitu ?



Ya lah , mana tidak sihatnya , bila tiba sahur , saya makan nasi , makan lauk yang berlemak dan adakalanya lauk yang  di tumis dengan minyak yang berlebihan . Ouhh sungguh tidak menyihatkan .. kadang-kadang tu saya hampir lupa untuk minum air kerana leka dengan lauk-lauk yang dihidangkan semasa sahur . Selesai sahur badan merasa lemah dan mengantuk .. mulalah rasa nak tidur ! ... bila bangun memang badan terasa sangat lemah .. semua kerja-kerja harian dirasakan sangat meletihkan , badan tiada tenaga. 

Itu juga menyebabkan saya kerap tidur didalam seharian berpuasa untuk melenggahkan masa dan badan yang meletihkan ini . Yelah hendak tunggu sampai waktu berbuka . Oh sungguh rasa terlalu lama .

Bila tiba waktu berbuka pula , saya lebih suka makan nasi atau masakan panas , biasanya saya masak dirumah sahaja . Hurmm yelah nafsu selepas seharian berpuasa , adakalanya tidak dapat dilawan . Tetapi sejak saya mengenali produk Herbalife dan memulakan diet Herbalife , puasa saya sudah bertukar corak , bertukar dari menjadi letih kepada tidak lagi letih dan alhamdulillah bertenaga selalu . 


Sahur dengan shake Herbalife

Ternyata pilihan makanan dibulan puasa untuk diet menggunakan shake Herbalife membuatkan saya mampu menjalankan rutin harian saya seperti biasa , selepas bersahur dengan shake Herbalife dan air sebanyak 500ml saya tidak merasa mengantuk pun , malah badan saya rasa segar . Perut tidak rasa lapar mahupun ditengahari . Kalau tidak sampai tengahari sahaja perut dah minta untuk diisi . Saya guna herbalife dengan konsistant , disiplin dan sabar . Memang saya rasa tidak sedar masa itu berlalu sehinggalah sampai waktu berbuka puasa . Memang ketara bezanya puasa dengan Herbalife dan puasa bukan dengan Herbalife .

Berbuka dengan shake Herbalife

Jadi disini saya sedar bahawa shake Herbalife merupakan makanan dibulan puasa untuk diet yang paling sesuai dan banyak faedahnya kepada saya , selain dari perut menjadi kenyang dengan sihat , saya tidak perlu membazir dalam menyediakan pelbagai juadah sewaktu bersahur mahupun berbuka puasa . Dengan shake Herbalife juga membuatkan kita mudah beribadat , tidak lah rasa perut seeh sangat dengan makanan yang dimakan . Kebiasaanya saya akan berbuka dengan teamix + aloevera dan shake herbalife . Selepas isyak barulah saya menjamah makanan yang telah disediakan .. mudah bukan ;)



Bonusnya ?

Ya , saya dapat turun berat badan dan tidak merasa letih .  Memang saya tidak merasa lapar langsung , saya lebih bertenaga . Saya juga bercadang untuk dapat berpuasa lebih banyak hari di bulan Rejab ini seterusnya menyambung puasa sunat di bulan Syaaban pula . Berpuasa dengan Herbalife lebih meyakinkan saya untuk turun berat badan menjelang bulan Ramadhan nanti . Bagi anda yang ingin berpuasa di bulan Rejab , Syaaban mahupun Ramadhan yang akan menjelma , sangatlah digalakkan untuk mengambil makanan dibulan puasa untuk diet menggunakan shake Herbalife . 

Jadi kepada anda yang ingin memulakan diet Herbalife anda dan ingin berpuasa dengan nutrisi shake Herbalife , hubungi saya untuk mengetahui bagaimana caranya di ieda0106@yahoo.com sms 017 9735306  .

Lantik saya sebagai Coach Herbalife anda , saya yakin dapat membantu anda ! .


KENALI SAYA : BAGAIMANA SAYA KURUS



Salam semua

KENALI SAYA : BAGAIMANA SAYA KURUS

Sekarang masih sama , kalau bercakap pasal bagaimana nak kurus , pasti anda terfikirkan pelbagai cara , bagaimana nak kurus dengan berkesan ? Mudah ke ? Susah agaknya . Ha itu semua adalah persoalan yang berlegar-legar didalam kepala saya suatu ketika dulu .

Siapa Saya

Nama saya adalah Zarida Abu Bakar .Saya berusia 38 tahun dan kini menetap di Pekan , Pahang . Saya sudah berumahtangga dan mempunyai 3 orang cahayamata yang berusia 12 tahun , 9 tahun dan 6 tahun . Dulu saya pernah mempunyai kerjaya tetap dan dalam masa yang sama saya juga menguruskan rumahtangga secara sendiri tanpa bantuan sesiapa . Kini saya berbangga dan bahagia kerana dapat bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama saya dapat menguruskan rumahtangga dengan gaji sama seperti saya perolehi sewaktu bekerja dahulu . 

Kisah saya dan masalah berat badan saya 


Saya mempunyai masalah berat badan sejak dari sekolah lagi , dengan berat badan menjangkau 60kg sewaktu itu bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh seorang remaja seperti saya . Sudah tentunya saya inginkan berat badan yang ideal disamping kelihatan langsing dikalangan rakan - rakan sekolah saya . Namun itu semua tidak menjadi halangan kepada saya sehinggalah saya meningkat remaja dan mula bekerja .

Masalah berat badan saya ternyata mengganggu penampilan diri saya , saya sentiasa merasa tidak selesa apabila berada di samping rakan - rakan sekerja mahupun bersama ahli keluarga . Ketika itu saya sudah berkira - kira untuk berusaha turunkan berat badan saya dengan cara berdiet sendiri . Namun ternyata saya menemui kegagalan kerana tidak mempunyai disiplin .

Ok , 1st yang saya rasa nak buat adalah aku tidak akan makan nasi , konon masa itu rasa bila makan nasi , sure tidak akan turun berat badan , hahaha masa itu ramai yang memang tertipu lah kalau cakap , tidak makan nasi akan cepat kurus . 

Sebenarnya , hakikat yang lama telah saya pelajari adalah kita kena makan , makan lah tidak kesah apa sahaja . Hendak makan nasi , boleh ... hendak makan mee .. boleh .. apa sahaja . Berlebih lagi saya adalah jenis yang tidak boleh tinggal nasi . Oh tidak ! Ha.. nasi adalah sumber kaborhidrat yang paling penting untuk tubuh badan kita tau .

Cuba anda semua soal diri anda , boleh ke anda tidak makan nasi sehari ? seminggu ? sebulan atau setahun ? oh tidakkk bukan saya lah kan .. Jadi waktu itu saya tekad , bagaimana nak kurus tetapi dalam masa yang sama tetap boleh makan nasi .

Penyelesaian kepada masalah berat badan saya

Saya melangsungkan perkahwinan diusia 24 tahun dengan berat badan ketika itu mencecah 68kg . Saya mula mengalami pertambahan berat badan tahun demi tahun sehinggalah saya melahirkan anak ke3 saya dengan berat badan mencecah 94kg . Ketika itu , saya mula sedar berat badan yang saya alami ini telah menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang mula menggangu kehidupan saya . 

Setelah kelahiran anak ketiga saya , saya bertekad untuk menurunkan berat badan saya , dan pada  Dec 2010 , saya banyak membaca mengenai pelbagai jenis produk kurus dan diet - diet yang membuatkan saya tidak yakin . Saya sebenarnya inginkan sesuatu yang boleh membantu saya rasa kenyang utk digantikan dengan tabiat pemakanan lama saya . Akhirnya saya berkenalan dengan produk Herbalife , saya tidak mengambil masa yang lama untuk mengkaji produk hebat ini . Maklum sahajalah masa itu saya benar - benar ingin tahu bagaimana nak kurus . Apa yang diberitahu saya perlu ubah tabiat makan saya selama ini kepada shake Herbalife yang akan memberikan saya rasa kenyang dan badan merasa puas . Ia membuatkan saya semakin yakin kerana inilah yang badan saya perlukan .

Saya juga melihat sendiri testimoni coach Herbalife saya diwaktu itu . Wah , saya kagum , teruja , tidak percaya dan akhirnya yakin dengan produk yang diperkenalkan kepada saya diwaktu itu . Betul kata orang tua-tua , jika kita berkehendak dan berkemahuan , insyaallah allah akan tunjukkan jalan kepada kita .


     94kg

Saya terus membeli dan menjadi ahli melalui coach saya , saya inginkan dia menjadi coach saya kerana saya yakin dia boleh membantu saya . Masa itu saya memang tidak tahu bagaimana menggunakan produk Herbalife ini . Panduan bagaimana nak kurus dengan produk Herbalife , jumlah yang perlu diambil sehari . Itu semua telah diajar dan diberikan panduan oleh coach Herbalife saya diwaktu itu .
 
Saya diperkenalkan dengan Formula 1 , salah satu produk utama Herbalife untuk turun berat badan , ia adalah nutrisi seimbang yang hebat untuk tubuh badan kita , makanan sihat yang mengandungi 

  • 55 nutrein 
  • 18 asid amino
  • Serat 
  • Herbal terpilih
  • O kandungan lemak
  • O kandungan kolestrol

yang pastinya setiap hidangannya sangat mudah disediakan dan mengenyangkan !  yang paling seronok saya tidak perlu berlapar , makan sahaja apa yang saya ingin makan dengan syarat saya perlu shake 2x sehari. Saya beritahu coach saya , saya suka perisa ala2 nescafe dan coffee , jadi saya mula minum formula 1 perisa cappucino . Sungguh hebat rasanya kerana  sehingga kini saya telah banyak mempelajari pelbagai cara untuk buat shake Herbalife menjadi lebih enak untuk dinikmati . 

Disamping itu saya juga diperkenalkan dengan teamix herbalife yang dapat membantu saya didalam proses penurunan berat badan secara lebih efektif . Teamix juga adalah salah satu produk Herbalife yang paling kerap saya minum selain Formula 1 kerana ia bertindak sebagai antioxsida . Paling seronok kerana saya memang bukan seorang yang mempunyai masa untuk bersenam , tetapi bila saya minum teamix ini saya dapat rasakan peluhnya seolah saya berlari selama 20 minit ! , sungguh luar biasa !

70kg 
 * keputusan adalah tidak tipikal , hasil setiap individu mungkin berbeza - beza

  • tubuh badan semakin ringan
  • tidak mudah merasa letih 
  • lebih rasa bertenaga 
  • sudah boleh memakai kembali pakaian lama saya 
  • sudah tidak perlu pening memikirkan apa yang perlu saya makan setiap pagi 
  • sudah selesa dengan kesihatan sekarang

Disamping itu saya ingin kongsikan sedikit tips yang saya amalkan bagaimana nak kurus dengan lebih efektif menggunakan produk Herbalife  

  • Minum air masak sekurang2nya 3-4 liter sehari
  • kurangkan sukatan nasi - tapi still boleh makan kan 
  • kurangkan manis didalam pengambilan makanan
  • kurangkan kandungan garam didalam masakan 
  • kurangkan makan makanan berlemak seperti kuah yang mengandungi santan 
  • banyakkan makan sayur2an dan serat
  • gantikan buah2an sekiranya lapar
 
* keputusan adalah tidak tipikal , hasil setiap individu mungkin berbeza - beza

Dan akhinya saya berjaya turun berat badan dengan produk Herbalife , ia telah banyak membantu saya , mengajar saya bagaimana untuk menilai keburukan dan kebaikan didalam setiap hidangan yang saya ambil . Ia adalah sesuatu pengalaman yang menyeronokkan buat saya . Dan akhinya saya berjaya turun berat badan sebanyak 24kg menggunakan produk Herbalife . Terima kasih Allah , terima kasih Herbalife , terima kasih Coach !


* keputusan adalah tidak tipikal , hasil setiap individu mungkin berbeza - beza

Bagaimana saya boleh membantu anda menurunkan berat badan

Sebenarnya banyak lagi cara bagaimana nak kurus , semua terletak ditangan anda sendiri , anda perlu yakin dengan apa yang anda pilih . Memilih produk Herbalife sebagai makanan utama untuk menurunkan berat badan , menaikkan berat badan atau untuk mengekalkan kesihatan adalah pilihan terbaik saya dan anda semua .  Saya tidak boleh menjamin anda akan mendapat kesan seperti saya , saya dulu juga tidak dijanjikan akan dapat berat badan ideal didalam masa-masa tertentu , semuanya berlaku kerana saya percaya kita perlu ada  tekad , usaha dan yakin boleh berjaya dengan sedikit pengorbanan . 

Jika anda seorang yang susah untuk meninggalkan tabiat makan makanan yang tidak sihat , memang sukar bagi anda untuk mencapai kejayaan didalam program turun berat badan anda . Anda perlu berubah agar kehidupan anda lebih sihat dan lebih menghargai nilai sebuah kesihatan . Anda perlu ingat dan sedar , tiada siapa yang boleh membantu anda selain diri anda sendiri !

Dan sehingga kini sudah hampir 6 tahun saya menggunakan produk Herbalife , terima kasih kepada coach Herbalife saya kerana sampai sekarang saya masih dan akan terus percaya dengan produk Herbalife ini . Saya kagum dengan diri saya walau belum mencapai berat yang betul-betul ideal tetapi saya sudah berjaya mengekalkan berat badan dan kesihatan badan saya sehingga kini . 

Oleh itu , saya ingin membantu lebih ramai lagi diluar saya didalam menurunkan berat badan . Saya yakin dan bersedia menjadi Coach Herbalife kepada sesiapa sahaja yang betul - betul serius untuk mendapatkan perkhidmatan saya didalam membantu mereka menurunkan berat badan .

Anda boleh menghantar maklumat anda supaya saya dapat membuat analisa kesihatan ringkas mengenai anda, memberikan panduan supaya anda dapat menguruskan berat badan dan kesihatan anda .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...