MACAM MANA NAK KURUS YANG SESUAI UNTUK ANDA


Tahukah anda macam mana nak kurus yang sesuai untuk anda ?


Kalau cakap pasal nak kurus , semua orang nak kurus . Ada yang berangan nak kurus untuk kelihatan cantik , bergaya tapi tidak pernah tahu kenapa anda perlu kurus . Adakah kurus yang sihat atau kurus sahaja .

Bila tengok akan iklan - iklan produk kurus diluar sana semua akan lebih teruja dengan testimoni - testimoni yang di tunjukkan . Sedangkan diri sendiri masih ragu - ragu untuk memilih yang mana . Tak kurang juga yang nak kurus tapi masih tercari - cari macam mana nak kurus yang tidak menyusahkan . Dalam erti kata yang lain nak kurus tapi tak mahu kurangkan makan , tak mahu buat senaman dan masih nak makan makanan kegemaran masing - masing .

Sebenarnya apa sahaja cara dan produk untuk menurunkan berat badan anda boleh ikuti , cuma ia bergantung kepada kemahuan dan bagaimana untuk anda lakukan sehingga anda mendapat hasil yang anda inginkan . Anda juga mungkin terfikir kalau saya kurus , saya mahu kelihatan sihat , ramping dan bergaya tapi yang paling penting inginkan cara yang tidak menyusahkan anda . 

Ramai diantara kita mungkin pernah mencuba cara - cara berikut untuk nak kurus
  • Pilih untuk makan makanan yang rendah kalori

  • Makan nasi , roti atau bijiran tanpa tambahan lemak dan gula didalam penyediaannya 

  • Elakkan penyediaan menu yang berkalori tinggi dan makanan ringgan seperti junk food

  • Makan pada waktu yang ditetapkan 

  • Gunakan pinggan yang kecil untuk elakkan anda mengambil makanan lebih banyak dari kebiasaanya

  • Sibukkan diri dengan aktiviti menyihatkan dan kalau boleh lakukan sedikit senaman selama 20 minit pada seiap sesi


Saya dulu pun pernah terfikir , bolehkah saya lakukan semua ini kalau saya nak kurus , saya nak sesuatu yang dapat membantu saya mengawal nafsu makan dan memberikan saya rasa kenyang yang lebih lama . Paling bagus kalau ianya mudah dan dalam masa yang sama saya tidak perlu tinggalkan makanan kegemaran saya ;) Alhamdulillah sehingga saya berjumpa dengan Herbalife barulah saya sedar dan percaya , macam mana nak kurus yang berkesan menggunakan produk Herbalife ini . 


Shake Herbalife mungkin merupakan produk asas untuk mereka yang ingin kurus  . Ia terdiri dari Formula 1 dan Formula 3 . Dengan hanya menggantikan 2 waktu makan utama anda dengan shake Herbalife ini akan membantu untuk menurunkan berat badan dan menjadi kurus . 

Produk Herbalife juga mempunyai beberapa produk lain yang boleh membantu proses penurunan berat badan seperti Teamix , Aloevera ,Omega Fish oil dan TC Formula . Dengan memilih shake Herbalife sebagai penyelesaian macam mana nak kurus yang tidak menyusahkan mungkin merupakan pilihan yang terakhir dan terbaik buat anda . Kandungan nutrisi yang tinggi dan lengkap , memberikan keperluan yang cukup untuk badan anda untuk lebih bertenaga . Jadi anda tidak perlu lagi bersusah - susah untuk memilih makanan yang bersesuaian untuk membantu anda untuk kurus .

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan menggunakan produk Herbalife anda boleh mendapatkan analisa kesihatan percuma untuk mengetahui produk Herbalife mana yang lebih sesuai buat anda . Anda tidak perlu untuk mengambil kesemuanya kerana dengan Formula 1 sahaja juga anda masih boleh kurus dengan syarat anda perlu mendapatkan cara penggunaan dan sukatan yang tepat . Jadi tidak kiralah produk mana yang anda ingin ambil pastikan anda mendapatkan Coaching yang betul untuk mendapatkan kesannya .


Jadi , mungkin produk Herbalife sesuai untuk anda yang nak kurus atau mungkin tidak . Untuk mendapatkan keputusan untuk kurus bukanlah semata - mata melalui produk sahaja , anda mungkin memerlukan bantuan seseorang untuk membimbing anda dan hasilnya tentulah lebih baik . Produk Herbalife merupakan produk yang boleh membantu anda , dengan membeli produk Herbalife akan didatangkan juga Coaching secara percuma untuk anda . Anda bolehlah mendapatkan panduan dan cara macam mana nak kurus dengan lebih berkesan dengan menggunakan produk ini.

Hubungi saya jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai cara nak kurus dengan Herbalife melalui email ieda0106@yahoo.com atau taq msg di 017 9735306

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...