SHAKE HERBALIFE : MAKANAN YANG MENGENYANGKAN DI PAGI HARI

Salam semua

Shake Herbalife : Sudahkah anda mengambil sarapan makanan yang mengenyangkan di pagi hari ini 



Sudahkah anda mengambil makanan yang mengenyangkan untuk sarapan anda hari ini ? Inilah persoalan yang sering kita lupa dan adakalanya kita tidak ambil peduli . Kebanyakan dari kita , akan mengambil makanan yang asalkan rasa kenyang  . Samaada makanan itu mengandungi lemak dan minyak yang berlebihan ia tidak lagi menjadi kisah . Kenapa ?

Mungkin diantaranya anda tiada pilihan lain . Apa yang anda rasakan terbaik buat anda , anda akan menikmatinya tanpa memikirkan khasiat dan nutrisi yang terkandung didalamnya . Mungkin sudah tiba masanya anda prihatin didalam memilih makanan yang lebih sesuai terutamanya untuk sarapan pagi anda bagi mengekalkan kesihatan badan . 

Dan kajian ada menyatakan bahawa sesiapa yang ingin mengawal berat badan perlu mengambil makanan dari jenis yang seimbang berasaskan protein . Protein ini akan memberikan anda rasa kenyang lebih lama dan memberikan anda tenaga .  Sekiranya anda menambah lebih protein kedalam sarapan anda , ia akan membantu badan anda rasa dan puas .

Jadi bayangkan sekiranya anda memilih untuk mengambil sarapan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi lemak atau roti canai , bukankah anda akan rasa cepat penat dan mudah mengantuk ? Dan mungkin anda akan merasa lapar semula dan tidak sabar untuk mengambil makan tengahari .

Saya ingin memberikan contoh Shake Herbalife sebagai sarapan makanan yang penuh nutrisi berasaskan protein . Ianya boleh dijadikan makanan yang mengenyangkan kerana bukan sahaja rendah kalori , malah rendah gula dan membantu anda mengawal rasa lapar dan paling penting akan membantu anda mengekalkan tenaga di sepanjang hari . 

Shake Herbalife sebagai makanan yang mengenyangkan saya di setiap pagi 

Alhamdulillah , sudah hampir 6 tahun saya memilih shake Herbalife sebagai makanan yang mengenyangkan untuk saya di setiap hari . Setelah saya berjaya turun berat badan sebanyak 24kg dengan menggantikan sarapan pagi dengan shake Herbalife , sehingga kini saya masih kekal mengambil shake Herbalife ini sebagai sarapan pagi yang mengenyangkan setiap hari . 

Selain dari mempunyai 5 perisa yang enaka - enak saya juga sering mencuba pelbagai pilihan resepi yang boleh dicampurkan dengan shake Herbalife ini contohnya dengan menggunakan susu soya , jus buah-buahan atau di blend dengan buah-buahan menggunakan ais . Memang sangat enak dinikmati !


Kini dengan hanya menggantikan sarapan shake Herbalife yang mengenyangkan ini ia telah membantu saya didalam mengekalkan berat badan saya walau selepas lebih 5 tahun , syukur alhamdulillah . 

Kenapa shake Herbalife merupakan pilihan makanan yang mengenyangkan untuk sarapan pagi anda terutamanya untuk membantu mereka yang ingin memulakan langkah turun berat badan



#1. Shake mempunyai 5 pilihan perisa yang enak seperti perisa coklat ,cappucino , vanila , strawberi dan buah-buahan tropical . Shake juga akan merasa lebih sedap dan enak jika dicampurkan dengan perisa lain mengikut kesukaan . Ia juga boleh dinikmati dengan lebih menyeronokkan jika diblend dengan ais bersama buah - buahan , jus , yogurt , susu rendah lemak atau lain - lain lagi . 

#2. Shake mudah disediakan , hanya ambil masa kurang 5 minit untuk disediakan . Hanya perlu dikocak dan terus minum atau untuk jadi lebih enak bila ia di blend . 

#3. Shake merupakan makanan gantian yang dapat mengekalkan berat badan dengan keperluan nutrisi yang tinggi dan rendah kalori . Ia mengandungi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh sel - sel didalam badan . 

#4. Shake sebagai penganti makanan yang dapat membantu untuk memenuhi keperluan nutrisi didalam badan terutama kepada anda yang aktif melakukan senaman . Ia merupakan makanan yang sesuai sebagai makanan gantian yang tinggi protein selepas anda melakukan aktiviti senaman supaya badan akan terus kekal bertenaga .

Anda juga tidak perlu risau untuk mengambil makanan lain selepas minum shake kerana shake ini telah memberikan rasa kenyang dan puas kepada badan anda . Anda hanya perlu mengambil air yang secukupnya kerana ia akan membantu anda untuk kurang memikirkan rasa ingin makan . Sekiranya anda sering sibuk melakukan sebarang kerja di rumah mahupun di pejabat , anda boleh menikmati makanan yang sihat dan mengenyangkan selepas menikmati shake Herbalife ini . 

Jadi anda boleh mengambil shake Herbalife sebagai makanan yang mengenyangkan untuk sarapan pagi anda mahupun sebagai cara untuk menurunkan berat badan . Produk Herbalife bukan sahaja sebagai penganti makanan malah anda boleh mendapatkan pakej produk Herbalife dari saya yang terdiri dari pilihan untuk membantu anda didalam usaha untuk turun berat badan secara lebih sihat dan mengekalkannya . 

Dan adakah shake Herbalife merupakan pilihan terbaik untuk dijadikan makanan yang mengenyangkan di pagi hari anda ? Belum cuba belum tahu kan ? Anda boleh mendapatkannya dengan menghubungi saya call/whatsapp 0179735306 . Bagi mereka yang sedang mencari cara untuk menurunkan berat badan dan memulakan gaya hidup yang lebih sihat dengan menggunakan produk Herbalife , dapatkan analisa kesihatan secara percuma untuk anda mengetahui produk Herbalife yang sesuai untuk membantu anda . 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...